.

.

15 November 2015

ANAK MUDA MESTI GAGASKAN POLITIK BARU BERDASARKAN ILMU DAN KEBENARAN

Anak muda mesti menggagaskan politik baru yang berdasarkan ilmu dan kebenaran bukannya berdasarkan emosi dan menghukum. 
Perkara itu menjadi salah satu resolusi Sidang Anak Muda Melaka yang berlangsung malam tadi di Restoran Subaidah MITC Melaka.
Program anjuran Pemuda AMANAH Melaka itu disertai oleh parti-parti politik dan 17 NGO serta pemerhati-pemerhati yang terdiri dari anak-anak muda dari seluruh Melaka.
Sebanyak 19 resolusi dibentangkan di akhir sidang tersebut.
Resolusi tersebut ialah :
1) Menginstitusikan suara anak muda di Parlimen dengan menambah baik peranan Parlimen Belia di mana satu kerusi khas perlu diberikan khusus untuk anak muda menyuarakan pandangan dan suara mereka.
2) Perlunya ada satu platform untuk memberikan kefahaman kepada anak muda mengenai isu-isu semasa yang melibatkan negara dan anak muda. Media perlu dibebaskan.
3) Pendidikan politik anak muda perlu diperkasakan seperti mewujudkan sekolah demokrasi dari peringkat awal lagi untuk membolehkan anak muda lebih memahami peranan politik di negara ini.
4) Mewujudkan kesedaran di kalangan anak muda bahawa isu-isu yang berkaitan urus tadbir yang baik dan bersih adalah satu tuntutan syariat.
5) Parti-parti politik perlu membawa satu politik baru iaitu politik yang berlandaskan ilmu dan semangat ke arah kebaikan.
6) Jangan kita terlibat dalam pertelingkahan pemimpin atasan tetapi perlu terlibat mencari jalan untuk mendamaikan dan mengutamakan perpaduan.
7) Mendesak kerajaan negeri Melaka memberikan zakat kepada anak muda kepada yang menghadapi kesukaran memulakan kehidupan seperti hal perkahwinan. Mempelbagaikan kaedah agihan bantuan zakat.
8) Calon-calon belia untuk Parlimen Belia negeri Melaka perlu datang dari pelbagai latar belakang dan pandangan politik. Penglibatan belia perlu lebih menyeluruh. Penerangan perlu dipertingkatkan lagi melalui media perdana dan juga media baru mengenai fungsi dan peranan parlimen belia.
9) Menolak politik bersifat perkauman & ekstrimisme yang cuba mengalih pandangan masyarakat daripada isu-isu besar Negara.
10) Bersetuju untuk menukar kerajaan secara demokrasi dan menolak pertukaran kerajaan secara keganasan. Anak muda perlu menolak sebarang provokasi dan bertindak mengikuti saluran yang betul.
11) Mewujudkan politik 2 hala dengan memperbanyakkan program-program yang bersifat dialog, wacana dan forum.
12) Anak muda perlu lebih dilibatkan dalam poltik mainstream.
13) Isu perpaduan antara kaum mesti diberi perhatian yang lebih besar untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang kukuh.
14) Badan-badan sukarelawan perlu berlumba-lumba dalam melakukan perkara kebaikan dan mengelakkan sebarang permusuhan dalam melaksanakan kerja-kerja amal.
15) Anak muda perlu mengutamakan perbincangan dan semua NGO mestilah bersama untuk memikirkan solusi untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat.
16) Semua pihak perlu mengambil berat isu dan hak yang melibatkan golongan wanita dan gerakan tersebut tidak semestinya mesti dipelopori oleh golongan wanita sahaja.
17) Mendesak SPR mewujudkan pendaftaran automatik pengundi berumur 21 tahun.
18) Semua maklumat yang kita terima hendaklah disahkan benar sebelum kita menyebarkannya.
19) Anak muda menolak GST dan mendesak kerajaan mengambil langkah menurunkan kos sara hidup di negara ini.

4 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter