.

.

11 November 2015

WANITA AMANAH (AWAN) KONSISTEN BANTU RAKYAT


Biro kebajikan Angkatan Wanita Parti AMANAH Negara, Negeri Melaka atau singkatannya AWAN terus konsisten mendekati dan membantu rakyat yang kurang bernasib tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik. 
Ketua AWAN Melaka, Mahani Othman Basir berkata program kebajikan sebegini telah dimulakan sejak awal penubuhan AMANAH 2 bulan lepas dan ianya terus dilaksanakan bagi membantu mereka yang memerlukan. 
"Kami akan cuba membantu rakyat sekadar yang kam mampu bagi meringankan beban mereka yang mana golongan ini masih ramai jumlahnya".
"Mereka yang kurang bernasib baik ini kadang-kadang tidak tahu ke mana dan kepada siapa mereka mengadu nasib malang mereka" ujarnya. 
Menurutnya sempena sambutan Hari Deepavali ini AWAN Melaka telah telah mengadakan program ziarah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beberapa keluarga masyarakat India di beberapa tempat di sekitar Parlimen Bukit Katil dan Kota Melaka. 
"Antara keluarga yang dilawati ialah keluarga Pn Pathumani a/p Thiagarajoo, 42 dari Bukit Beruang."
"Puan Pathumani mempunyai 4 orang anak dan telah 2 bulan tidak bekerja. Sekarang beliau menumpang dirumah kakaknya yang bekerja sebagai pencuci" tambahnya.
Dalam program ziarah tersebut pihak AWAN Parlimen Bukit Katil telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Pathumani.
Di Parlimen Kota Melaka, Ketua AWAN Kota Melaka, Azizah Wahab bersama-sama dengan Pengerusi AMANAH Kota Melaka, Harun Mohamed dan beberapa Ahli Jawatankuasa AWAN  turut mengadakan ziarah rumah-rumah masyarakat India.
AWAN Kota Melaka juga menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada mereka-mereka yang tidak bernasib baik.

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter