TPPA : TOLAK BN PADA PRU 14 DEMI KEPENTINGAN RAKYAT DAN INDUSTRI TEMPATAN

TPPA : TOLAK BN PADA PRU 14 DEMI KEPENTINGAN RAKYAT DAN INDUSTRI TEMPATAN

Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Melaka kesal dengan persetujuan Malaysia yang menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement - TPPA) dengan Amerika Syarikat semalam.

Perjanjian yang dipersetujui itu jelas tidak memihak kepada Malaysia dan akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada rakyat negara ini.

AMANAH Negeri Melaka hairan dan pelik mengapa kerajaan Malaysia begitu yakin bahawa TPPA adalah baik sedangkan kerajaan gagal memberi keyakinan kepada rakyat tentang kebaikan TPPA. Sudah sekian lama rakyat menyatakan penentangan terhadap TPPA dan kerajaan sendiri gagal menjawab segala persoalan tersebut tiba-tiba dengan tidak semena-mena Perdana Menteri bersetuju dan menandatangani TPPA tersebut.

Sehingga kini kerajaan gagal memberikan keyakinan kepada rakyat walaupun MITI cuba berbuat demikian sejak sekian lama.Menteri MITI, Dato Mustapha Mohamad sendiri pun gagal meyakinkan rakyat.

Di antara kesan yang sangat merugikan serta menyusahkan rakyat ialah hampir 70-80% harga ubat akan menjadi mahal yang sudah pasti tidak mampu dibeli oleh golongan miskin. Kenaikan harga ubat akan mencecah sehingga 800-1000% dari harga sekarang kerana ubat yang sekarang dijual di Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat tempatan yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah ingin membeli ubat dengan harga yang tinggi begini.?

Kesan lebih buruk juga terpaksa dihadapi oleh petani kita jika TPPA ini dilaksanakan nanti. Mereka terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara yang bebas untuk dipasarkan di negara kita. Industri padi dan beras umpamanya bakal menerima kesan buruk apabila beras dari Ameria Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan mengalami penderitaan jika TPPA dimeterai di mana hasil padi mereka bakal berdepan saingan sengit dari beras luar negara.

Kesan seterusnya ialah syarikat-syarikat besar dari negara luar akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan mereka. Sudah tentu syarkat-syarikat kerdil ini tidak mampu bersaing dengan gergasi-gergasi ini yang mempunyai modal yang besar, teknologi yang tinggi dan hebat. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia, Britain dan sebagainya untuk menguasai ekonomi negara kita.

TPPA juga menyebabkan kerajaan terdedah kepada tindakan mahkamah dan boleh disaman oleh pelabur luar. Tindakan ini boleh diambil oleh pelabur luar melalui tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington, Amerika dan Geneva, Switzerland. Saman ini boleh diambil jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

TPPA juga bakal menjejaskan bidang guaman, pelaburan dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain yang terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya mampukah industri kepakaran dari syarikat perkhidmatan kita bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara yang sudah tentu lebih berprestij dan berpengalaman?

TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan kepada 120 tahun dari 50 tahun selepas kematian penerbit seperti yang diamalkan sebelum ini. Kesan ini menyebabkan segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Sehingga kini kerajaan gagal menjawab semua kebimbangan dan keraguan yang saya utarakan di atas. Parti AMANAH Negara negeri Melaka mendesak kerajaan supaya mengkaji semula perjanjian ini dan mengambil langkah sewajarnya bagi membatalkan perjanjian TPPA yang jelas merugikan rakyat negara kita.

Golongan yang paling terjejas sudah tentulah rakyat miskin yang berpendapatan rendah. Kesempitan dan kesengsaraan akibat dari GST pun belum reda kerajaan sekarang membawa bala seterusnya iaitu TPPA ini.

Kepada rakyat Malaysia, Parti AMANAH Negara Melaka menggesa rakyat menilai semula sokongan kepada BN yang menjadi kerajaan sekarang. Rakyat wajib menolak BN pada pilihanraya ke 14 akan datang.

Kegagalan demi kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan dengan dasar-dasar yang merugikan serta menzalimi rakyat sudah cukup menjadi penyebab kepada rakyat untuk menolak BN pada pilihanraya akan datang.

Jangan ulangi kesilapan lalu, yang menyebabkan kita terus sengsara sehingga kini.

Sofi Wahab
Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Negara Melaka

Comments

Anonymous said…
Klu kjaan pas atau pkr yg menarik balik geran utk sekolah cina...melalak cina2 x kira parti...sepakat mempertahan pelajaran anak bangsa mereka...tapi kamu diam...apakah kamu takuy duit akan kering kli bersuara...tiadakah rasa sayang pd ankbansa walaupun mungkin mak bapak mereka tidak sehaluan dgn kamu? Dimana amanah kamu?
IrWrWs said…
Di bawah ketiak DAP..