.

.

04 October 2015

TOLAK PEMIMPIN DAN PARTI KURANG AJAR

Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata rakyat Malaysia seharusnya menolak pemimpin dan parti yang kurang ajar yang mengeluarkan ucapan untuk mahu 'melempang' kaum Cina. Ucapan tersebut memang kurang ajar, biadap dan tidak bertamadun.

"Mana mungkin seorang pemimpin yang memegang jawatan bertaraf timbalan menteri boleh mengeluarkan kenyataan biadap dan kurang ajar seperti itu. Ianya jelas mengguriskan hati bukan sahaja kaum Cina malah semua rakyat Malaysia yang kita hidup dalam suasana harmoni dan aman damai".

"Kenyataan seperti ini adalah kenyataan seorang yang angkuh dan samseng yang langsung tidak tahu menilai dan menghargai perasaan orang lain" katanya yang juga merupakan Pengerusi AMANAH Kawasan Bukit Katil.

Menurutnya kenyataan seperti itu boleh menimbulkan suasana tidak baik di kalangan rakyat Malaysia yang majmuk dan berbilang agama dan kepercayaan.

Beliau menggesa pemimpin berkenaan menarik balik dan memohon maaf dengan seberapa segera bagi menjernihkan kekeliruan yang timbul dan mengekalkan suasana harmoni yang sedia ada.

Sementara itu bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina yang dibuat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai "kurang ajar".
"Itu ucapan kurang ajar. Saya tak pernah bermimpi atau terfikir untuk lempang orang Melayu.
"Itu salah, hendak cakap pun salah, inikan pula hendak lakukan. Ini kurang ajar," kata Dr Ling kepada pemberita dalam sidang media Pesta Minda Malaysia ke 11, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak sebentar tadi.
Malah, Dr Ling juga berkata anggota Parlimen Pasir Salak itu perlu memohon maaf kepada rakyat Cina di negara ini atas keterlanjurannya.
“Patut (minta maaf) jika beliau ada berkata begitu, dia patut minta maaf,” katanya.
Khamis lalu, Tajuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu.
Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.
Lawatan Huang itu dilakukan sehari sebelum perhimpunan berbau perkauman dianjur pihak tertentu yang membuat beberapa desakan bagi 'mengubah' keadaan di pusat komersial didominasi peniaga Cina itu.
Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.


7 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter