SIAPA UNTUNG DAPAT ORGAN NAJIB??

Secara diam-diam Datuk Seri Najib Razak rupa-rupanya sudah menyatakan ikrar menjadi penderma organ.
Agak-agaknya untung atau rugi siapa yang dapat organ Najib. Iaitu tuan organ yang pernah menerima derma RM2.6bilion. Mungkin penerima organ itu nanti juga akan menerima derma sebanyak itu. Siapa tahu???
Namun apa yang pasti menerima organ itu sudah tentu beruntung kerana dengan kuasa Allah mungkin insan itu boleh meneruskan hidupnya dengan lebih bermakna kerana mendapat organ baru. 
Media melaporkan bahawa kesediaan Najib mendermakan organnya hanya diketahui melalui kemas kini status beliau di Facebook awal petang ini.
Melalui akaun rasmi beliau, perdana menteri berkata amalan menderma organ boleh membantu menyelamatkan nyawa orang lain.
"Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ hari ini, saya harap lebih ramai akan turut serta. Saya sudah berikrar, anda bila lagi?" tulis beliau.
Turut dipaparkan pada status itu adalah sekeping kad - lengkap dengan logo 1 Malaysia yang mengesahkan beliau memberikan ikrar sedia mendermakan organnya.
Pada kad itu juga terpapar perkataan Pusat Sumber Transplan Nasional di Hospital Kuala Lumpur.
Seperti biasa, setiap pos perdana menteri cepat mendapat reaksi pengguna Internet.
Sehingga jam 4.50 petang ini status berkenaan mendapat lebih 2,200 like dan dikongsi lebih 100 kali.

Comments