.

.

05 October 2015

JANGAN LAWAT SHAH ALAM - BAHAYA

Anda semua dinasihati tidak melawat Shah Alam kerana pencemaran udaranya sudah sampai ke tahap berbahaya. Orang Shah Alam pula dinasihatkan jangan keluar rumah atau mungkin mereka boleh berpindah sementara ke kawasan yang lebih selamat.
Gambar masjid Shah Alam yang kami petik dari Portal Malaysiakini jelas menunjukkan betapa tebalnya jerebu di Ibunegeri Selangor tersebut. 
Bernama hari ini melaporkan bahawa Shah Alam mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya iaitu 308 dan yang tertinggi setakat 9 pagi ini.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, sebelum ini kawasan berkenaan mencatakan bacaan IPU tidak sihat iaitu 189, setakat 10 malam tadi.
Lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Batu Muda di ibu negara (271), Petaling Jaya (256), Banting (249), Pelabuhan Klang (243) dan Putrajaya (235).
Sejumlah 24 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat berbanding 29 kawasan setakat 10 malam tadi, iaitu Larkin Lama dan Muar di Johor, Alor Setar dan Bakar Arang (di Sungai Petani), Kedah, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, Nilai dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Balok Baru dan Indera Mahkota (di Kuantan) serta Jerantut di Pahang, Jalan Tasek, S K Jalan Pegoh (di Ipoh) dan Seri Manjung di Perak, Seberang Jaya 2, Perai dan USM di Pulau Pinang; Kuala Selangor, Kemaman, Kuala Terengganu dan Paka di Terengganu; serta Cheras di ibu negara.
Sejumlah 14 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana pagi ini berbanding 13 kawasan setakat 10 malam tadi, iaitu Kota Tinggi, Pasir Gudang, Langkawi, SMK Tanjung Chat, Tanah Merah, Tanjung Malim, Kangar, Tawau, Kapit, Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu dan Sri Aman.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter