Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang digantung enam bulan oleh Dewan Rakyat ekoran dakwaan menghina speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Usul untuk menggantung ahli parlimen Gelang Patah itu di buat oleh menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang dibuat dalam suasana penuh protes dari ahli dewan khasnya pembangkang.
Usul itu menyatakan Lim telah mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasanya dan mensabotaj penyiasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Isnin lepas ketika membahaskan perlantikan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC).
Usul itu juga menyatakan, Lim menuduh Pandikar sebagai diktator dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi kepada Dewan Rakyat.
"Dakwaan oleh yang berhormat Gelang Patah sangat serius dan satu penghinaan kepada spekaer Dewan Rakyat dan ia juga penghinaan kepada prosiding Dewan Rakyat," kata usul yang dibacakan oleh Azalina itu.
Walaupun dikenakan pergantungan, gaji dan elaun Lim tidak akan dibekukan.
Lim pada Isnin lepas telah mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasanya apabila membuat arahan beberapa bulan lalu supaya PAC tidak meneruskan siasatannya ke atas 1MDB ekoran pemindahan 4 anggotanya ke dalam kabinet.
Ini menyebabkan Pandikar menuntut Lim memohon maaf tanpa syarat dan menarik balik kenyataannya itu secepat mungkin.
Hari ini ketika usul itu dibahaskan, mulai jam 11.30 pagi selepas sessi soal jawab, para ahli parlimen berhujjah mengenainya termasuk tentang perkara-perkara teknikal dalam usul itu sehingga habis waktu pada jam 1.00.
Lim yang menentang usul itu ketika menggulong perbahasan mengenainya menyifatkan hari ini adalah "Hari yang memalukan bagi sejarah parlimen Malaysia".
"Saya sudah menjadi MP selama 40 tahun dan saya tidak pernah berasa sesedih ini bukan kerana saya akan digantung tetapi kerana apa yang berlaku hari ini.
"Saya tahu saya adalah mangsa terkini, ada penyakit di negara ini iaitu gergasi 1MDB.
"Jadikan pergantungan saya sebagai pengajaran kepada rakyat tentang keperluan 'Ubah' sehingga jatuhnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional,"katanya menggunakan tema kempen DAP, Ubah.
Katanya, orang awam yakin tindakan Pandikar membekukan tindakan PAC menyiasat 1MDB adalah satu tindakan yang menyalahgunakan kuasa.
Azalina telah memberikan Lim cukup masa untuk meminta maaf dan menarik balik dakwaannya, namun Lim tetap menolaknya.
"Kerajaan tidak ada pilihan selain dari melaksanakan perkara ini," kata Azalina.
Comments
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.