Parti Amanah Negara (Amanah) bakal melantik tiga lagi naib presiden, menjadikan jumlah lima semuanya, selepas pindaan perlembagaan parti itu diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, dua daripada quota itu masing-masing akan diperuntukan kepada wanita dan orang muda.
Ketika ini, dua naib presiden Amanah adalah Datuk Dr Mujahid Yusof dan Hasanuddin Mohd Yunus.
"Kami di peringkat nasional akan mencari tokoh muda sebagai salah seorang naib presiden parti. Walaupun ia baru bersifat cadangan, saya boleh sebut hari ini.
"Langkah ini kita ambil sebagai menonjolkan sifat inklusif kita dan pada masa sama memberikan ruang kepada orang muda untuk membuktikan kemampuan dan bakat mereka," katanya pada sidang media di Wisma Amanah hari ini.
Diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin tertinggi PAS kononnya Amanah hanya cabaran kecil kepada parti itu, Salahuddin berkata beliau tidak berminat untuk memberi reaksi terhadap perkara itu.
"Saya tidak perlu menjawab soalan itu sama ada kita kecil atau besar. Amanah akan terus aktif memposisikan kedudukannya sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa," katanya sambil menambah beliau baru sahaja pulang dari bertemu tokoh gerakan Islam luar negara.
Comments
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.