Sumber dalaman berpendapat tiada alasan kukuh untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno apabila majlis tertinggi parti itu bermesyuarat 9 September ini.
Difahamkan Muhyiddin yang pulang dari Australia beberapa hari lalu mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya bagi membincangkan kemungkinan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Rabu ini.
Ia adalah mesyuarat pertama badan tertinggi Umno itu sejak presiden mereka melakukan rombakan kabinet menyaksikan Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disingkirkan kerana lantang menyoal cara perdana menteri menguruskan skandal 1MDB
Nampak gayanya Muhyiddin sudah bersedia untuk dipecat. Jika beliau mula membuat pertemuan dan mesyuarat dengan penyokongnya itu bermakna beliau sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dinyah dari jawatannya sebagai orang no. 2 dalam Umno.
Muhyiddin tahu beliau juga mempunyai penyokong. Antaranya Dr Mahathir, Shafei Apdal. Mukhriz dan ramai lagi. Mungkin beliau akan melakukan silent protest dengan membiarkan sahaja apa yang hendak dilakukan oleh Najib tetapi pada masa yang sama akan bertindak secara diam-diam menikam Najib dan Umno.
Semua orang tahu ramai pemimpin dan ahli Umno Johor yang berdiri di belakang beliau. Johor sendiri mempunyai 26 Bahagian dan ianya agak merbahaya kepada Umno jika sebahagian besar Umno Bahagian di Johor menyokong Najib.
Jadi beranikah Ah Jib Gor memecat Muhyiddin ????? Sama-sama kita tunggu .....
Comments