CERAI TA'LIQ PANDANGAN AL QARADHAWI

 Begini pandangan Ketua Ulama Sedunia itu cerai taklik :


Hukum Cerai Ta'lik (Talaq Muaalaq) - Pandangan Al-Qaradhawi


SOALAN : Apakah Hukum Cerai Secara Ta'lik. Sebagai contoh Lafaz. "Jatuh Talak 3 Kepada Isteri Saya Sekiranya Saya Melompat Parti"

JAWAPAN :-

Isu diatas adalah berkaitan cerai ta'lik. Jesteru kita perlu merujuk kepada Isu pokok iaitu adakah jatuh talaq cerai secara Ta'liq?

Dr Yusuf Al-Qaradawi apabila ditanya berkaitan Isu Cerai Ta'liq, beliau menjawab dengan kenyataan berikut :-

"Sesungguhnya pandangan yang saya berpegang padanya dan yang telah saya fatwakan sejak bertahun lamanya adalah -

SESUNGGUHNYA TALAK MUAALAQ YANG TERIKAT TALAQ ITU DENGAN SESUATU ATAU LARANGAN SESUATU (BUKANLAH TALAQ YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T) UNTUK MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

AKAN TETAPI IA BERKAITAN DENGAN SUMPAH. SEKIRANYA JIKA DIA MELANGGAR SUMPAH ITU MAKA CUKUPLAH BAGI DIA UNTUK MEMBAYAR KAFARAH SUMPAH IAITU (Memberi 10 Makan Orang Miskin @ 10 Orang Pakaian)

Pandangan ini adalah pandangan sebahagian SALAF yang dirajihkan oleh Ibnu Taimiyyah Dan Anak Muridnya Imam Ibn Qayyim. Pandangan ini saya pilih dan rajihkan. Saya melihat ianya sesuai dengan Ruh Islam. Pandangan ini juga adalah pandangan ramai AHLI ILMU dan AHLI FATWA dizaman kita ini.

RUJUKAN : Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fatawa Muasirah, Jil 3, M/s :342, Cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi' KUWAIT. 2013

Malah bukan sahaja Yusof Qardhawi berpendapat demikian, malah jumhur ulama menyatakan Baiah Talak mesti ditolak dan tidak terpakai serta tidak ada khilaf sedikit pun. 

Malah Setiausaha Ikhwan Dawli Abu Ahmed menyatakan bahawa baiah talaq ini adalah HARAM dan bersifat 'takfiri' dan boleh membawa kepada pemikiran Daesh. 

Sebaliknya, PAS tetap mempertahankan baiah talak semata-mata untuk menghentam wakil rakyat PAS yang meyertai Parti Amanah yang juga sebuah parti Islam, malah Presiden PAS sendiri menyatakan orang yang melanggarnya dianggap sebagai dilaknat Allah dan RasulNya. 

Tetapi Presiden PAS sendiri tidak mengulas apa-apa mengenai apa hukumnya mereka yang mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat dan apa hukumnya orang yang kerap ponteng parlimen dan tidak menjalankan amanahnya sebagai seorang wakil rakyat dengan baik. (Setiap wakil rakyat perlu mengangkat sumpah dengan memulai WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" dihadapan speaker untuk menjalankan tugas dan tanggungjwabnya dan menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai wakil rakyat dengan jujur dan sedaya upayanya). Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu dilaknat Allah dan Rasulnya?

Sumber : Greenboc 

Comments

powertrain1648 said…
Greenboc pun x jadi ahli parri kuali lg
Anonymous said…
kah kah kah........dengki nampak bila ada ulamak lain memberi fatwa. Hadi awang hanya timbalan je,......tak power cakap dia! Tak pe lah powetarin nko ikut lah lebai hadi dgn arun ding nko.....AMANAH tak kesah pun......hee hee hee......jangan dengki ye, kami alu2kan kuli jadi PM......berduyun2 Ulaumak Pas makan pil kuda Lepas ni!
Anonymous said…
Aku sokong pandangan kau bro. Lebai di dgn siak arung tengah bengang kepala la ni... Apa boleh alasan nak pushing lagi. Dia terang2 suruh keluaq pas lepaih tu cerita baiah... Satu lagi hanya macai2 yg cerita dia tutup mulut...hati2 puak2 Pas ni... Tuang presideng sudah biasa uturn bro..
Anonymous said…
PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

ISLE-ISLE
Anonymous said…
apa pulak hukum jika seorang sumai menagtakan kepada isterinya jiak awak keluar rumah hari ini jatuh talak ?

jatuh ke tak jatuh
IrWrWs said…
Pada aku itu urusan antara si pengkhianat parti dgn Allah.. yg penting kita dpt membawa mesej penting pada pengundi bahawa GHB ni tak boleh dipegang janjinya..
IrWrWs said…
Setuju sgt2 tu.. mudah je nk paham kan?