Presiden AMANAH Hj Mohamad Sabu amat bersetuju dengan cadangan PKR untuk mengadakan sidang meja bulat bagi membincangkan penubuhan PR 2.0. Tetapi jelas PAS menolak pelawaan PKR ini. Jadi siapa sebenarnya yang tidak ingin berpadu dan mengeratkan siaturrahim. Jelas rakyat melihat bahawa PAS cuba menyendiri dan tidak mahu berkawan dengan orang lain. Ini sesuatu yang malang kerana Islam sepatutnya mengamalkan persahabatan bukan permusuhan.
Rabu lalu Mohamad menegaskan bahawa keperluan pakatan baharu perlu diwujudkan dengan segera. Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian pelancaran Parti AMANAH Negara di Shah Alam.
"Di Malaysia, apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain"
"Untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN), parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian, kerana BN menguasai sepenuhnya jentera kerajaan, media dan sebagainya. Hanya kesatuan rakyat melalui pakatan parti-parti politik sahaja jalan terbaik untuk membuat perubahan, seperti yang pernah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu"
Oleh itu katanya jemputan daripada Ketua Pembangkang Parlimen dan juga Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk diadakan sidang meja bulat membincangkan pembentukan pakatan baharu amat dialu-alukan.
Comments
dh offer meja bulat
kalau bermaruah pegilah bincang segala2nya dgn adil
apa tk puashati dgn DAP bincang lah
dh gerenti presideng tkkan hadir
presideng tengah tunggu ghanimah yg tk sampai2
tu yg main tarik tali dgn PR utk tarik perhatian jibby
jibby tk minat dh geng jubah ni
kalau hari ni jubah boleh cerca dn signkir pemimpin terbaik mereka
esok lusa aku pun kena sama
tkde org minat dgn pengkhianat
kesiaaaannn hudud... dipermain2kan demi dunia yg sedikit
Jadi sbnrnya DAP dan PKR kini dlm situasi ditelan mati LKS diluah mati DSAI.. sebab tu mereka takut nk bg kerusi samada yg menang mahupun yg kalah kpd PAN..
Tapi perkara sebenar yg tersirat adalah kalau bagi kerusi yg menang, lagi lah besar balanya.. takut nanti nasib yg sama akan menimpa DAP dan PKR sbgmana nasib PAS yg telah dikhianati PAN..
Cuba bygkan dgn PAS yg ada sumpah dan bai'ah pun diaorg boleh main langgar canggitu jer.. inikan pulak kalau tanpa sumpah dan bai'ah dgn DAP dan PKR!
Nak suruh PAS bagi kerusi kpd PAN..? mintak maaflah.. PAS cuma berminat nak ambil balik kerusi asal sekurang2nya buat masa ni la.. kemungkinan nak tambah kerusi lagi pd masa depan.. siapa tahu?
So dlm senario sebegini siapa yg rugi agaknya?
Bagaimana pula jika PKR sokong hudud dan DAP tolak hudud? AMANAH akan sokong atau tolak hudud? Kalau AMANAH tolak ini bukti kedua AMANAH tak layak berada dlm PAS kerana tidak memperjuangkan islam secara keseluruhan!
Tapi kalau AMANAH sokong, ada berani ke? Nanti DAP nak putuskan hubungan dgn presiden ehh pengerusi AMANAH .. macamana? Kalau Presiden PAS mmg dah terbukti berani memutuskan hubungan dgn DAP! Kalau AMANAH, berani ke memutuskan hubungan dgn DAP? Tunduk lagi ada!😆😆 Amacam..?