Lelong!, Lelong! Lelong! siapa yang berhajat untuk memiliki jet peribadi. Tidak mahal cuma RM80.5 juta harha minimanya.
Jika anda menabung dari kecil mungkin boleh membelinya.
Jika Doktor Gigi mencabut gigi seluruh rakyat Selangor mungkin, Doktor itu boleh membelinya.
Kementerian Kewangan hari ini membuat tawaran penjualan sebuah pesawat eksekutif kerajaan yang telah dilupuskan dengan harga simpanan RM80.5 juta.
Menurut kenyataan tawaran yang diiklankan hari ini, pesawat yang akan dijual itu jenis "Boeing Business Jet (BBJ) 737-700”.
Tarikh tutup tender yang terbuka kepada syarikat dan individu ditetapkan pada 2 September depan.
Petender yang berminat mengambil bahagian diwajibkan hadir taklimat tender dan lawatan tapak pada pagi 18 Ogos ini di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.
Dokumen itu akan mula dieadar pada 18 Ogos ini dan boleh didapati di Bangunan Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
"Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," menurut kenyataan tawaran itu lagi.
Putrajaya Mac lalu membeli Airbus Corporate Jet (ACJ320) bernilai RM465 juta untuk menggantikan BBJ.
Perdana menteri biasanya menggunakan Airbus ACJ319 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, BBJ bagaimanapun digunakan sekali-sekala.
Kali terakhir BBJ digunakan mungkin ketika Najib pulang daripada 'diplomasi golf' (atas) dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii tahun lalu ketika negara dilanda banjir besar.
Kerajaan Malaysia juga memiliki pesawat Global Express dan Falcon 900.

Comments