.

.

15 August 2015

HEBATNYA PIMPINAN PAS HALAU AHLI LAGI.

Jarang sekali pemimpin sebuah organisasi menghalau ahlinya sendiri atas apa juga alasan. Tetapi itulah yang berlaku sekarang. Inilah yang amat malang bagi PAS sebuah parti yang sepatutnya amat matang dalam tindakan tetapi menjadi tidak keruan sejak akhir-akhir ini.
PAS mungkin tidak dapat bersabar lagi langkah Gerakan Harapan Baru (GBH) yang dilihat terus menjadi duri dalam daging parti Islam itu.

Keadaan itu mungkin memaksa Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Mat menulis panjang menyeru golongan itu keluar parti kerana tiada lagi hujah untuk kekal dalamnya.

“Orang lain boleh mempersoal jemaah baru anda, syarie atau tidak. Anda pun berhak mempertahankan 'ijtihad' anda keluar PAS. Syarie atau tidak.

“Tetapi anda tak punya sedikit pun hujah syarie untuk kekal dalam PAS, dan dengan amanah jawatan yang anda masih pegang itu, anda gunakan untuk sabotaj PAS.

“Itu khianat dan tidak ada khianat sejelas itu,” katanya tanpa menyebut secara langsung nama GBH, kumpulan serpihan yang digerakkan bekas pemimpin kanan parti itu.

GHB
pimpinan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedang berusaha menubuhkan sebuah parti Islam baru.

Mereka juga dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.

Pakatan Rakyat sebelum ini berkubur susulan perselisihan pendapat dan pendirian berpanjangan PAS dan DAP, terutamanya dalam isu hudud.
Gambar di atas sekadar hiasan
 

6 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter