Timbalan Presiden Umno dan seluruh Ahli Parlimen BN yang sayangkan negara diminta menyokong cadangan untuk melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Najib Razak yang penuh dengan kontroversi.
Gesaan ini dibuat oleh pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB), ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP dalam satu sidang media sebentar tadi.
Cadangan ini merupakan antara rancangan GHB, PKR dan DAP untuk menyelamatkan negara. Pimpinan PAS tidak hadir dalam persidangan akhbar tersebut.
"Kami menyeru satu tindakan drastik di ambil untuk membuat peralihan kerajaan kepada kerajaan sementara".
"Inilah masanya untuk Muhyiddin, kumpulannya, Ahli Parlimen BN yang sayangkan negara untuk menyokong pembentukan kerajaan sementara melalui undi tidak percaya kepada Najib" ujar Pengerusi GHB Mohamad Sabu.
Seorang Perdana Menteri sementara mesti dilantik untuk mentadbir negara selama setahun.
Perdana Menteri sementara boleh dipilih dari kalangan pemimpin yang berpengalaman seperti Muhyiddin, Ku Li, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Musa Hitam atau Shahrin Samad.
"Negara tidak harus dimangsakan dengan isu 1MDB yang membelenggu Najib" tegas Mat Sabu lagi.
Comments
Rasulullah tidak mengambil masa yang panjang untuk mengetuai Piagam Madinah. Hanya dalam masa setahun sahaja. Dalam Piagam Madinah ada disebut berkenaan hukuman untuk yang bersalah. Nabi tidak berbincang dengan warga Madinah ke? Mustahil sebab approach Nabi lebih sistematik sbb Allah ajar Nabi. Sedangkan Islam baru nak start, ekonomi Yahudi yang pegang, sudah pasti banyak penipuan.
PAS di bawah TGHA telah bertahalluf enam tahun dan menerangkan Islam dan hukum-hukumnya. Tak boleh lama lagi sebab semakin ramai yang lalai dalam amalan Islam. Sampai bila kita nak membiarkan 'couple' terus berleluasa di U dan sebagainya.
1) diperkuatkan ghb supaya setanding dgn pas dari segi keahlian
2) perlu ada martyr(s) yg perlu dikorbankan agar berlaku jurang yang lebar diantara kedua penyokong parti2 tersebut
yang (1) tidak memerlukan yang (2) atau sebaliknya
yang (1) agak sukar atau memerlukan tempoh yang panjang berpandukan tahap kepercayaan umat Islam di Msia terhadap ulamak2 dan ustaz2 masih tinggi dan ini yang cuba dipesongkan oleh golongan GHB skrg…ditambah dgn ulamak2 belian yg membenarkan baiah dilanggar...dgn netizen2 berbayar utk mencela dan menghina keislaman Pas
yang (2) merisaukan…..2 akibat boleh terjadi….
akibat (1) bukan lagi persoalan siapa lebih betul Islamnya tetapi api pergaduhan yang berterusan diantara 2 puak umat Islam…korban diperlukan agar satu pihak dapat dicalit samada dituduh Pas yang melakukannya atau GHB yang melakukannya kepada Pas…yang penting wujud perasaan kebencian meluap2 diantara dua pihak yang mengaku beragama Islam agar jurang perbezaan payah dikecilkan lagi
akibat (2) berkemungkinan dgn adanya golongan2 liberal didalam UMNO dan dgn kelemahan kedudukan UMNO skrg dgn skandal2 yg tak habis2…percayala…selepas 1MDB akan ada isu baru ditimbulkan krn UMNO tidak lekang dari pelbagai skandal…maka samada diharamkan Pas oleh tekanan kepada UMNO atau diharamkan penggunaan nama “Islam” didalam sesebuah parti
perhatikan nanti apabila penubuhan parti baru berlangsung…adakah mereka menggunakan nama GHB atau menggunakan Parti Islam Progresif (PIP)…jika PIP…akibat (1) lah dalam perancangan mereka…tetapi jika GHB…akibat (2) dalam perancangan mereka
kesannya…UMNO sedang dan terus dan telah dilemahkan dan skrg Pas pula perlu dilemahkan krn suka atau tidak…inilah 2 tunjang parti org melayu yang menjadi tunggak kestabilan politik Msia dan org Melayu…wallhu’alam