.

.

14 July 2015

GHB : HENTIKAN FITNAH DAN TUDUHAN TANPA BUKTI

Sejak pelancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) semalam, pelbagai pihak melontarkan komen dan pandangan masing-masing.

Tidak kurang pula yang melemparkan fitnah dan tuduhan melulu tanpa segan dan silu walaupun dalam bulan puasa.


Seorang pemimpin PAS Pusat mendakwa parti Islam baru yang akan ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH), bertentangan dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan cerminan gagasan pemikiran 'Islam Ala Amerika'  

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata gagasan pemikiran itu dipopular oleh Mohamad Sabu dalam ceramahnya sekitar 1990-an bagi menggambarkan Islamisasi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu, sebagai bukan agenda Islam yang sebenarnya.

Dr Zuhdi berkata gagasan berkaitan pemikiran tersebut terdapat dalam buku bertajuk "The Cambridge Companion to American Islam" yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi.

"Buku ini cuba memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini.

"Sudah tentu Islam yang digambarkan bukanlah Islam yang sebenar. Sebagai contoh, baru-baru ini muncul seorang imam gay di Amerika, Daayiee Abdullah, yang amalan Islam jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar," katanya dalam kenyataannya.

Tuduhan dan fitnah adalah berat dan kini ianya seolah-olah menjadi budaya sejak dari pemilihan PAS yang lalu.

Kita mengharapkan pihak memfitnah ini menghentikan kerja jahat dan haram ini atau mereka sendiri berani berdepan mahkamah Allah. 

11 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter