JANGAN MELAMPAUI BATAS !
Firman Allah Taala di dalam surah al-Ma'idah ayat 2 bermaksud: Jangan sampai kebencian (mu) kepada suatu kaum kerana mereka menghalang-halangimu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat melampaui batas (kepada mereka). AlQuran adalah pembimbing agung kepada golongan beriman.
Ayat yang saya sebutkan maksudnya di atas adalah daripada sekian banyak ayat-ayat AlQuran yang memandu golongan beriman kepada akhlak yang mulia: Sifat berupaya mengawal kemarahan diri dan bersikap adil dan taqwa dalam berbagai-bagai situasi, peperangan, kekalahan maupun kemenangan. Allah Taala sebagai contohnya pada ayat ke 2 surah al-Ma'idah membimbing golongan beriman agar mengawal kemarahan mereka terhadap pelbagai penindasan musyrikin termasuk menghalang mereka mengunjungi Masjidilharam.
Setelah kemenangan Islam menguasai Mekah dan pada waktu golongan Musyrikin masih dibenarkan mengunjungi Masjidilharam, golongan beriman dibimbing oleh Allah Taala agar mengawal kemarahan mereka dan mengekang diri mereka dari membalas dendam terhadap Musyrikin yang mengunjungi Masjidilharam. Tanggungjawab dakwah yang mereka pikul menuntut mereka agar sentiasa berakhlak mulia dan menjaga husnul muamalah (hubungan mulia) terhadap setiap manusia.
Mereka dididik oleh Allah untuk mempamirkan betapa Islam itu adalah Deen yang melindungi semua manusia berasaskan perkongsian keadilan dan kemuliaan akhlak dalam kehidupan di dunia. Tidak ada pilih bulu dan tidak ada pilih kasih dalam soal tersebut. Firman Allah Taala menegaskan keperluan golongan beriman disebalik kemarahan mereka agar tabah dan tetap berakhlak mulia dalam hubungan mereka kepada golongan yang kafir apatah lagi kepada golongan beriman. Itulah kekuatan Islam dan keindahannya yang mendorong penghormatan dan penerimaan sesiapa pun terhadapnya.
Keupayaan golongan beriman pula mendepani segala situasi dengan akhlak yang mulia dalam hubungannya kepada seluruh manusia itulah ciri yang menjadikan mereka harapan manusia sepanjang zaman.
Saya benar-benar tidak dapat menyembunyikan perasaan duka cita apabila membaca artikel yang menyamakan para amilin PAS yang melakukan kesilapan sebagai Abu Jahal yang memusuhi Islam. Saya duka cita dengan kebiadapan tersebut. Ia bukanlah dari Islam dan bukanlah untuk Islam.
ZULKIFLI ISMAIL MUHAMMAD
AJK Kerja Dewan Ulama PAS Pusat.

Comments
apa yg GHB melampaui batas? apa kata2 mereka yg melampau batas?
yg kau baca posting netizen kemudian kau layan komen2 seolah2 pemimpin
GHB yg sebut..... tu sbb PAS dh hancur sebb pemimpin nya dungu
sebutan jebon munafik haraki dll takde nk beri amaran ke
udahlah bro..... rakat dha meluat dgn PAS.. parti dungu kena tipu 18 kali
dgn umnu