TAHNIAH PM NAJIB KERANA ADA BILIK MEETING YANG MAHAL

Kita ingin ucap tahniah keraana Perdana Menteri kita yang ada bilik meeting yg mahal dalam pesawat yang diubahsuai. 

Dengar khabar ada yang mendakwa kos pengubahsuaian itu bernilai RM28 juta. Duit siapa agaknya yang digunakan untuk kos tersebut. Kalau ianya duit PM sendiri ok lah. Mungkinkah ia duit PM sendiri???

Jawapannya sudah tentu tidak mungkin. 

Pada masa yang sama PM Najib Tun Razak mempertahankan pembelian jet mewah kerajaan dan menaiktarafkanya untuk kegunaan VIP, dengan berkata ia diperlukan untuk mesyuarat rasmi dengan ketua-ketua negara.

Pembelian jet, yang membuat penerbangan sulungnya semalam, dikritik hebat kerana ia dibuat kebetulan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin untuk menggunakan jet rasmi, bukan untuk bermewah, tetapi untuk kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.

"Bahagian dalam pesawat diubahsuai begitu supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan di atas kapal dan urusan negara boleh terus walaupun semasa penerbangan.

"Oleh itu soalan tidak timbul sama ada atau tidak negara harus mempunyai jet rasmi," kata beliau dalam blognya.

Di saat rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan pendapatan yang tidak cukup untuk hidup, malah lebih teruk hutang kerajaan Malaysia yang sudah ratusan berbilion ringgit, PM masih sanggup untuk membazirkan duit rakyat. Pemimpin apa jenis macam ini???? Anda jawap sendiri ...........

Apakah pengubahsuaian itu wajib dilakukan sehingga jika ianya tidak dilakukan meeting tidak boleh dilaksanakan sedangkan tempat duduk business class itu sendiri sudah mempunyai kemudahan asas untuk meeting. Inilah bahananya jika kita memilih pemimpin yang tidak tahu memilih dan memikirkan yang mana satu wajib diutamakan dan didahulukan .........pembaziran dan bermewah-mewah tidak menjadi kesalahan atau ianya sudah menjadi darah daging mereka.

Comments