ROHINGYA : KE MANA PERGI UMAT ISLAM DUNIA??

Dunia sekali lagi dibangunkan dengan ketibaan lebih 10,000 pelarian Rohingya diperairan Asean.
Manusia yang terpaksa meninggalkan bumi kelahiran kerana mereka diburu dan dibunuh kerana lahir sebagai manusia Islam bernasabkan Rohingya.
Myanmar sebuah negara baru menjadi ahli Asean masih tidak serik dengan tekanan dan kutukan antarabangsa bilamana puluhan tahun menolak demokrasi dan Aung San Suu Kyi anak pimpinan bangsa mereka sendiri.
Kini mereka mara dan meneruskan agenda diluar tahap kemanusiaan dengan menafikan warga sendiri atas alasan berlainan bangsa dan agama. Rohingya adalah isu yang telah sekian lama berlaku.Penindasan dan penganiayaan dimarakkan dengan pembunuhan beramai2 kanak2 dan ahli keluarga mereka tanpa apa2 kesalahan.
Pembunuhan genoside ini dibuat berulangkali dan dengan skala yang lebih besar dan lebih kerap akhirnya telah menolak Rohingya mengambil keputusan melarikan diri dengan penuh risiko dengan membawa ribuan manusia dengan menaiki bot ke negara2 jiran.
Kini, Malaysia sebagai jiran, pembela hak manusia dan muslim, kita menggesa kerajaan menggunakan semua saluran diplomatik dan politik antarabangsa untuk menyelesaikan kemelut politik dan kemanusiaan ini.
Malaysia mesti berperanan dan memberi tekanan kepada Myanmar dan membawa usul segera ini ke meja Asean,OIC dan United Nation (UN). Kita harus melobi dan menjuarai kes ini kerana polis dan wira dunia hak asasi kemanusiaan,Amerika dan Britain kelihatan pekak dan bisu bila mangsa adalah orang Islam diAsean.
Langsung tidak kedengaran tindakan tekanan ekonomi mahupun rundingan diplomatik dibuat oleh pihak Barat dengan Myanmar untuk manfaat Rohingya. Tiada pihak secara konsisten tampil membantu mereka.
Atas nama hak asasi dan manusia bertamaddun, atas nama ukhuwwah dan persaudaraan, atas nama jiran yang bersempadanan, DMPP menggesa Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan kepada orang yang dizalimi Rohingya secara segera dan bersepadu.
Satu jaminan bantuan ekonomi antarabangsa dari UN dan OIC harus dperuntukkan sebagai lokasi perlindungan UNJCR. Satu perancangan jangka pendek dan panjang perlu digubal kerana mereka memerlukan penempatan, makanan dan pendidikan asas yang tentunya memakan kos yang tinggi.
Polisi negara Malaysia yang membenarkan lambakan pekerja Myanmar perlu di kaji semula.Jangan ada dikalangan mereka yang bawa budaya ini. Kita tidak mampu membayar harga mengimport budaya ganas dendam dan bunuh tanpa sebab serta rasis menjadi pemusnah sistem sosial didalam masyarakat majmuk negara kita ini.
Apapun ciri kekayaan, kecantikan dan kuasa manusia dibumi ini, ingat hakikatnya kita bukan tuan dan kita bukan pencipta.Allah Maha Pencipta yang menjadikan bangsa itu Myanmar dan bangsa ini Rohingya.
Pilihan mutlak itu milikNya dan sebagai manusia persaingan kita yang lebih takut dan kenal Allah swt bukan yang lebih ramai bilangannya sehingga menganggap ramai itu adalah " licence to kill others". Kembalilah ke tahap kewarasan kemanusiaan.
Setiap yang lahir itu ada hak dan tanggungjawab dan rezekinya yang dijamin Allah swt bukan jaminan manusia.kerana manusia itu juga diberi rezeki oleh Allah. Nyawa kita juga milik Allah maka biarlah Allah swt menentukan masa dan ketikanya bukan mana2 bangsa atau kuasa.Malaysia harus berani untuk bangkit dan berkata sesuatu " Bantu Rohingya" sebagaimana kita pernah " bantu Aung San Suu Kyi " kerana kita percaya pada Kuasa Allah itu jua adanya.Allahu Akbar
Mumtaz Md Nawi
Pengerusi Lajnah Antarabangsa,
Dewan Muslimat PAS

Comments