RAYUAN KEDUAKU, DENGARLAH KELUHAN KAMI

RAYUAN KEDUA KU UNTUK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT (PR)
Wahai pemimpin PR,
Setiap hari kami rakyat mengimpikan sebuah kerajaan yang hebat, telus, berkebajikan, tidak rasuah dan tidak boros.
Setiap hari kami merindukan pemimpin yang tegas, berani, berakhlaq, telus, sederhana, bersih dan berjiwa rakyat serta mengutamakan rakyat bukan keluarga dan kroni.
Setiap hari kami mendambakan sebuah kerajaan yang tidak pandai berhutang, kerajaan yang berjimat cermat, adil, mengamalkan demokrasi sepenuhnya, saksama, mentadbir dengan telus, mengamalkan dasar-dasar yang makruf dan mencegah kemungkaran, demokratik dan sebagainya.
Setiap hari kami kepingin untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan kos sara hidup yang tidak meningkat tanpa kawalan, pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma, kemudahan awam yang baik dan sebagainya.
Setiap hari kami mengharapkan dasar-dasar kerajaan yang membantu rakyat untuk memajukan diri, meningkatkan pendapatan perka pita secara menyeluruh, bantuan-bantuan umpama memberi kail bukannya ikan seperti sekarang, dasar yang jelas yang memberikan sinar kepada masa depan kami dan anak cucu kami.
Wahai pemimpin PR,
Semenjak PRU 2008 harapan kami sedikit menampakkan sinar. Apatah lagi keputusan PRU 2013 makin memberikan harapan kepada kami kerana PR berjaya meraih undi popular rakyat lebih dari 50 % berbanding BN.
Kami sudah muak dengan kerajaan dan pemimpin BN. Pemimpin mereka silih berganti tetapi sistem dan dasar kerajaan serta perangai pemimpin tetap sama. Skandal demi skandal berlaku, pembaziran membarah, hutang melambung tinggi, rasuah terus meningkat, kos sara hidup semakin menghimpit, demokrasi hanya indah pada nama, janji tinggal janji, jenayah membimbangkan, keselamatan rakyat tidak terjamin dan seribu satu masalah yang gagal diselesaikan.
Satu semi satu skandal dan penyelewengan didedahkan, laporan Ketua Audit saban tahun melaporkan ketirisan, pemborosan dan macam-macam masalah. Rakyat semakin tertekan dan sengsara dengan sistem-sistem yang tidak masuk akal di saat rakyat sangat memerlukan pembelaaan kerajaan dan pimpinannya. Semuanya bagaikan tiada penghujung.
Pada masa yang sama, PR membuktikan kejayaan mereka mentadbir Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dengan dasar-dasar yang baik kepada rakyat. Kami mengintai dan mengimpikan sesuatu yang indah andai kerajaan Pusat berjaya diterajui oleh PR pada PRU 14 nanti.
Wahai pemimpin PR,
Pemimpin-pemimpin PR tidak ada seorang pun yang disabitkan dengan rasuah, salah laku dan sebagainya sejak dari pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1990.
Pemimpin PR tidak ada yang kaya raya, baik diri sendiri maupun anak pinak dan saudara mara mereka tiada yang menjadi jutawan dan hartawan.
Kini harapan kami nampak samar dan kelabu. Semuanya gara-gara pimpinan PR bergaduh dan bercakaran sesama sendiri dek kerana tujuan politik dan nafsu amarah mereka sendiri. Saban hari mereka berbalah dalam media. Saban hari kami menyaksikan pemimpin-pemimpin PR semakin tidak matang dan tidak professional. Apakah kamu tidak ada otak atau tidak ada sifat diplomasi sehingga masalah sebegini tidak dapat diselesaikan.
Ke mana kami ingin mengadu dan mengharapkan belas kasihan dan ihsan. Hendak harapkan pemimpin BN kami sudah tidak percaya dan hilang keyakinan terhadap mereka.
Hanya kepada kamu sahaja wahai pimpinan PR yang kami harapkan. Kamu semua juga telah membuktikan ketelusan, kebaikan dan karisma kamu sebelum ini.
Wahai pemimpin PR,
Kami merayu kembalilah ke meja rundingan dan selesaikanlah apa juga masalah secara professional dan anak jantan bukan secara pukul curi yang akhirnya mematikan PR itu sendiri dan seterusnya mematikan harapan rakyat.
Dengarlah keluhan dan rayuan kami rakyat marhaen yang dahagakan pimpinan yang telus, bersih dan hebat.
Hanya pada kamu sahajalah harapan kami. .......Andainya kamu tidak dapat selesaikan masalah kamu .....kami terpaksalah merelakan diri kami ditindas, dihimpit dan dicengkam dengan sistem kerajaan BN serta perangai pemimpin kerajaan yang ada sekarang.
Dengarlah rayuan kami .....
Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan BUKIT KATIL
1.53 pm 26 Mei 2015.

Comments

Anonymous said…
Bila pasma hina presiden mu diam sofi...bila ajk pusat hina presiden mu diam sofi....bila dap hina presiden mu diam sofi...bila ulamak bersuara mu laung perkukuhkan pr....
Anonymous said…
Dlm keadaan BN tengah bergolak nilah masa itu tingkatkan kekuatan wahai PR..Jgnlah lepaskan peluang baik ni nanti menyesal tak sudah. Ni bkn masa utk kepentingan diri tapi demi rakyat & negara. Selamatkan Malaysia!!
Anonymous said…
betul meja rundingan... tapi kena bagitau dulu pada sekutu tahaluf siayasi PAS... lain kali kalau buat kerja besar bawa berunding dulu... jangan buat macam kajang move... bagitau DAP buat kerja biar telus... jangan buat macam projek terowong bawah tanah... sampai hari ni tak saman tantawi... bagitau juga jangan sibuk dengan kerja PAS dan hentam PAS, baik ko hentam UMNO BN... bagitau juga kepada pimpinan PAS yang celaru kepala hotak mereka...

tak lulus terbit lagi pos aku ni...eee
Anonymous said…
Aku nak tengok berapa surat rayuan larat kau nak tulis, tiga? empat? seratus? KAH KAH KAH
cucu mamak kutty said…
klu tak suka dgn komen yg hentam kau,lebih baik jgn jadi bloger le tolol
IrWrWs said…
Rakyat terutamanya rakyat kelantan dah lama dahagakan hudud kerana mereka lebih tahu nilai islam jika dibandingkan dgn dap.. bukan kita x pernah dakwahkan dap.. dah byk kali.. kita tak kesah kalau dap tak mahu terima dakwah kita.. yg kita kisah ialah bilamana mereka cuba menaja beberapa pemimpin tinggi pas utk jatuhkan kepimpinan sediada.. yg terbaru ada pemimpin tertinggi menyindir presiden pas pasal kes terengganu kalah pd tahun 2004 tanpa mengulas sedikit pun pd tahun yg sama karpal singh dan lim kit siang juga tewas manakala TGHH sendiri tetap menang di dun dan di parlimen (mungkin risau hilang jawatan pengerusi di PBA)!!
Anonymous said…
Asslmukm..kt negeri melaka ni pun dah ade najib kecik. X prasan ke? Kerjenyer asyik keluar negeri jer. Baru ni ke mongolia mnggu depan nk ke germany pulak. Hasilnyer..abok pun tarak..tlg ler tengok2kan.