.

.

23 May 2015

PR SUDAH TINGGAL NYAWA-NYAWA IKAN.... TAHNIAH SEMUA

Kerjasama dan Tahaluf Siyasi yang digagaskan oleh Almarhum Ustaz Fadzil dan disokong kuat oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta diperakui oleh Majlis Syuro' Ulama seakan-akan sudah hampir menemui ajalnya. Bermula dengan GERAK, BARISAN ALTERNATIF dan kini PAKATAN RAKYAT seakan-akan sudah berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan bagaikan telur dihujung tanduk.

Serang menyerang antara pimpinan parti-parti komponen PR, semakin memuncak sehari dua ini akan mempercepatkan lagi 'talkin' dibaca untuk gagasan ini. Maka bergembiralah UMNO/BN kerana segala perancangan dan strategi mereka untuk memecahkan pakatan ini hampir tercapai. Mengikut akal dan ramalan manusia Umno/BN akan memerintah sampai-sampai bila kerana PR akan berkubur.
'Tahniah' kepada kita semua ahli dan pimpinan PAS serta rakyat Malaysia kerana akan terus ditekan, dizalimi dan di'dahulu'kan oleh kerajaan Umno/BN.
Kita akan berundur ke belakang seperti era 80-an.Ustaz dan ustazah kita mengajar di masjid, surau tak boleh, nak sewa dewan dan stadium tak boleh jauh sekali nak jadi AJK Masjid, Ahli Majlis dan sebagainya. Tahniah untuk sahabat-sahabat di Selangor dan Pulau Pinang kerana anda akan kembali ke era 80-an setelah berjaya mengimarahkan masjid dan surau sejak 2008.
Sudah sampai masanya yang kami selalu bayangkan dahulu iaitu masa di mana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah meninggal dunia dan Anwar Ibrahim disumbat kembali kedalam penjara .....PR akan huru-hara dan berkubur. 
TAHNIAH SEMUA.

8 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter