PAS wajar mempelopori debat atau forum terbuka calon-calon yang ingin bertanding pada pemilihan parti tersebut pada Jun ini.
Jika sebelum ini PAS sering menggesa pimpinan Umno/BN supaya mengadakan debat atau forum terbuka dengan pimpinan PR ketika PRU, maka inilah masanya bagi pimpinan PAS membuktikan mereka adalah terbuka dan berani berhadapan dengan rakyat dan penyokong mereka sendiri.
Bakal-bakal pimpinan PAS bukan sahaja pimpinan kepada ahli PAS tetapi mereka juga adalah pimpinan rakyat kerana mereka juga telah dan akan menjadi wakil rakyat kepada seluruh rakyat, malah jika ditaqdirkan suatu hari nanti mereka juga akan menjadi pemimpin negeri dan negara.
Maka amat wajar calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua-ketua Dewan dan AJK yang akan bertanding membentangkan perancangan dan idea mereka jika terpilih menjadi pimpinan PAS. Perancangan dan idea mereka bukan hanya tertutup kepada perancangan dalaman malah mesti juga menyentuh hal-hal pertandbiran negara, hubungan antarabangsa dan sebagainya.
Jangan kita sempitkan forum dan debat untuk mencari siapa menang atau kalah tetapi yang lebih penting ialah ahli PAS dan rakyat Malaysia ingin melihat idea dan perancangan pemimpin-pemimpin tersebut.
Jadi adalah sangat penting bagi pemimpin-pemimpin PAS membuktikan mereka adalah pemimpin yang berani, berkarisma dan jauh lebih baik dari pimpinan BN.
Dalam Umno dan parti-parti komponen BN pun tidak pernah mengadakan program seperti ini ketika pemilihan parti masing-masing. Jadi ianya merupakan sesuatu yang baik dan hebat di mata rakyat jika PAS mendahului parti-parti lain dalam penganjuran debat atau forum terbuka ini.
Kita boleh menggunakan format forum atau debat terbuka calon-calon Presiden Amerika atau Indonesia atau format lain yang difikirkan effektif dan bermanfaat.
Gambar sekadar hiasan.
Comments
1) belajar hormat presiden yg sedia ada
2) belajar hormat presiden yg sedia ada
3) belajar dengar ckp presiden yg sedia ada
4) belajar agama betul2 supaya jgn akal mendahului sunnah
pas ditubuhkan utk mendukung dan menegakkan islam (quran sunnah ijmak dan qias)