HUSAM TAK BERANI LAWAN HADI??

Ternyata Husam Musa tidak berani berlawan dengan Hadi. Apa alasan Husam sehingga begitu kecut perut untuk berdepan Hadi pada pemilihan PAS Jun ini. Mungkin Husam berpandangan jauh bahawa tiada gunanya menerima pencalonan jawatan Presiden sedangkan sudah ada 2 orang calon yang bertaraf Ulama' yang sudah menyatakan kesanggupan untuk menyinsing lengan masing-masing dalam perlumbaan fastabiqul khoirat itu.

Husam masih sekadar mengukur kemampuan sendiri bertanding jawatan Naib Presiden. Itu pun belum tentu beliau boleh menang dengan trend pemilihan di peringkat kawasan yang ternyata tidak memberikan signal terbaik kepada beliau untuk mengekalkan jawatannya.

Kini semua pihak sudah dapat menjangkakan siapa yang akan dipilih oleh perwakilan yang rata-rata dimenangi oleh puak-puak yang yakin mereka adalah penyelamat bahtera PAS yang menurut mereka hampir karam. Benarkah dakwaan mereka itu??? Hanya Allah yang tahu,

Apapun kita tidak boleh menafikan ketokohan Husam Musa anak didik Tuan Guru yang dari mudanya memperhambakan diri kepada perjuangan. Di saat para graduan lain berlumba-lumba menerima tawaran kerja yang hebat-hebat, beliau 'menyerah' diri kepada Tuan Guru dan PAS Kelantan untuk sama-sama tidur beralaskan lengan dan bertilamkan lantai di Pejabat PAS Kelantan bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain antaranya Allahyarham Ustaz Buniyamin Yaakob dan lain-lain.

Kita harapkan apa pun keputusan pada pemilihan nanti, Husam akan terus berada dalam persada politik tanahair bagi mewarnai sepak terajang politik Malaysia yang menjadi medan para penyangak politik mencari makan dan membina kekayaan.

Bagi kami, saf admin Blog Mutaligat, kami mendoakan terbaik dan PAS serta mengharap muktamar kali ini memberi pengajaran yang sangat berguna kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS. Sejarah telah merakamkan bahawa pemilihan kali ini menyaksikan berlakunya perkara-perkara negatif yang menyebabkan timbul suara-suara tidak enak seperti PAS sama seperti Umno, PAS GANTI Umno ....lobi melobi, cantas mencatas, fitnah memfitnah, label melabel dan sebagainya.


Comments

Anonymous said…
Biar Husam kalah .kitatenguk apa akan jadi Parti Pas dan kumpulan Profesional nanti.kemana nak pergi selepas di tendang keluar oleh kumpulan UG nanti.nak teruskan khidmat dalam Pas? ha .teruskan.seprti tak tahu telahan apa yang telah dibuat oleh kumpulan UG.