Rata-rata
pimpinan pelbagai peringkat dan ahli-ahli PAS Melaka menyokong penuh
perlantikan Tuan Guru Dato' Professor Dr Haron Din sebagai Al Mursyidul Am PAS
yang baru. Mereka berpendapat perlantikan tersebut memang tepat kerana
keilmuan, ketokohan, istiqamah dan pengalaman tokoh tersohor tersebut.
Ketua
Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Mahani Othman berkata perlantikan
Tuan Guru Dr Haron Din memang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan ahli PAS
kerana kelayakan dan ketokohan beliau yang sukar dicari.
"Pernah
memegang beberapa jawatan penting seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua
Penerangan PAS Pusat, AJK PAS Pusat, pernah bertanding sebagai calon
pilihanraya, seorang tokoh masyarakat, sering menjalankan kerja-kerja kebajikan
melalui kaedah perubatan Islam di samping ilmu agama yang meluas, ini
menjadikan beliau tokoh yang paling layak memegang jawatan itu selepas
ketiadaan Tok Guru Nik Aziz" kata Mahani yang juga merupakan Timbalan
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.
Setiausaha
PAS Kawasan Jasin, Amir Abdul Aziz berkata jawatan Mursyidul Am memerlukan
seseorang yang mempunyai ketokohan kepimpinan, mampu memimpin semua manusia
bukan setakat orang Islam sahaja malah semua lapisan rakyat tanap mengira
bangsa dan agama.
"Saya
yakin Mursyidul Am PAS yang baru, Tuan Guru Dr Haron Din mampu memikul amanah
besar ini, bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat"ujar beliau.
Pengerusi
Kelab Veteran PAS Melaka, Bakrin Sidek pula mengalu-alukan perlantikan Tuan Guru
Dr Haron Din dan menyifatkan perlantikan tersebut memang tepat kerana beliau
sebagai Timbalan Mursyidul Am sebelum ini sudah tentu amat layak untuk memegang
jawatan Mursyidul Am.
"Bagi
pihak Kelab Veteran PAS saya mengalu-alukan perlantikan Tuan Guru Dr Haron Din
yang mempunyai pengalaman luas sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS sebelum
ini"ujar Bakrin.
Setiausaha
PAS Kawasan Masjid Tanah, Mohd Yasin Ibrahim berkata Mursyidul Am PAS, Tuan
Guru Dr Haron Din dan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah dua
orang tokoh besar yang berilmu dan dihormati di mana kesihatan mereka wajar
diambil kira.
"Kedua-dua
tokoh yang disayangi kita iaitu Mursyidul Am dan Presiden adalah tokoh yang
disegani dan dihormati di dalam dan luar negeri, kesihatan mereka juga harus
difikirkan dengan tidak membebankan kerja-kerja yang berat dan rumit. Pimpinan
dan ahli wajar mencari jalan untuk meringankan beban mereka"ujar Yassin.
Yang
Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohamed berkata jawatan Mursyidul Am
PAS boleh diisi oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
"Presiden
PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang wajar diberi peluang sebagai Mursyidul Am
PAS sepertimana Almarhum Tuan Haji Yusof Rawa yang dilantik sebagai Mursyidul
Am selepas menjadi Presiden PAS" ujar Harun yang juga merupakan Pengarah
Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka.
Setiausaha
PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Nordin Mohd Dahan dan Setiausaha PAS Kawasan
Alor Gajah, Ustaz Safarwan Abdul Ghani bersetuju dengan perlantikan Tuan Guru
Dr Haron Din yang mereka sifatkan tokoh paling sesuai untuk menggantikan
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Latarbelakang
agama yang mendalam, pengalaman luas dalam politik dan kerja-kerja kebajikan
memang sukar diperolehi dari tokoh lain. Pemilihan beliau memang tepat"
ujar mereka.
Ahli
PAS Cawangan Kg Bukit Katil, Amat Aki, 46 berkata perlantikan tersebut memang
sudah dijangkakan kerana Dr Haron Din memang layak untuk diamanahkan sebagai
Mursyidul Am.
"Tuan
Guru Haron Din mempunyai pengalaman sebagai pimpinan PAS sejak era 70-an lagi,
berilmu, berkarisma serta disegani oleh semua orang samada dari luar atau dalam
negeri".
"Beliau
bukan sahaja berpengalaman dalam bidang akademik malah sering mendekati
masyarakat, berpengalaman dalam bidang siasah dan mempunyai hubungan yang baik
dengan semua orang tidak kira pegawai kerajaan dan rakyat bawahan' ujarnya.
Dr
Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS pada mesyuarat Majlis Syura Ulama
PAS 8 Mac lalu dan perlantikan beliau dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha
Agung PAS, Dato Takiyuddin Hassan semalam.
Comments
Jgn di patuk kali kedua sudah laa...