.

.

19 November 2014

PIALA AFF : GOPI DAN AIDIL DIGUGURKAN

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Dollah Salleh pada Selasa mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas cabaran negara dalam kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 Nov ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman sesawangnya, www.fam.org.my, menyatakan Dollah memilih penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Farizal Marlias (Selangor) dan Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan untuk mempertahan benteng terakhir negara pada kejohanan dwitahunan itu.

Enam pemain akan bersaing bagi merebut tempat di posisi pertahanan iaitu Mohd Afif Amiruddin dan Mohamad Muslim Ahmad dari Kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim), Mohd Azmi Muslim (Selangor) serta Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).

Kapten Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi, yang dipilih pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan baru-baru ini, bakal bersaing dengan tujuh pemain lain untuk posisi berkenaan.

Mereka ialah Safiq Rahim dari pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Gary Steven Robbat (Harimau Muda 'A'), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah) selain dua pemain Pahang iaitu Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal.

Dollah turut menyenaraikan bekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 Mohd Safee Sali walaupun pemain veteran negara itu banyak memanaskan bangku simpanan pasukan JDT musim ini.

Mohd Safee bakal bersaing dengan dua rakan sepasukannya, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah selain pemain Terengganu Abdul Manaf Mamat bagi posisi penyerang.

Dollah sebelum ini mengesahkan dua tonggak utama terpaksa digugurkan kerana belum pulih daripada kecederaan iaitu pemain sayap Pahang R. Gopinathan dan pemain pertahanan JDT Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.

Pemain lincah Kedah Mohd Farhan Roslan, yang mendapat jolokan 'Messi Kedah', turut digugurkan daripada senarai akhir 22 pemain selepas Dollah melakukan perbincangan lanjut dengan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Malaysia, yang diundi dalam kumpulan B, akan memulakan kempen kejohanan dengan menentang Myanmar pada 23 Nov ini disusuli Thailand pada 26 Nov, dan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Jalan Besar sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, pada 29 Nov.

SENARAI AKHIR 22 PEMAIN:

Penjaga Gol: Mohd Farizal Marlias (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang)

Pertahanan: Mohd Afif Amiruddin dan Mohd Muslim Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Azmi Muslim (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).

Pemain Tengah: Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Gary Steven Robbat (Harimau Muda 'A'), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal (Pahang)

Gambar sekadar hiasan

Bernama

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Amri Yahyah (JDT) dan Abdul Manaf Mamat (Terengganu).

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter