MEMALI : TERBELAKAH MANGSA-MANGSANYA???

Setiap kali tiba 19 November saya pasti terkenang nostalgia tarikh ini pada tahun 1985. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, ketika saya balik dari sekolah selepas menduduki peperiksaan SPM pada hari itu bonda saya memaklumkan kepada saya tentang tragedi tersebut.

"Ada orang beramuk di Baling, Kedah. Entahlah siapa yang beramuk"kata bonda saya. 

Tidak lama selepas pelbagai tuduhan dan dakwaan tidak berasas dilaporkan oleh media elektronik dan cetak. Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada As Syahid Ustaz Ibrahim Libya. 

Malah satu makalah kecil yang ditulis oleh Allahyarham Hj Suhaimi Said tentang peristiwa Memali juga diharamkan. Saya sempat membaca makalah tersebut. 

Akhirnya isu tersebut berlarutan puluhan tahun sehingga kini, tiada siapa yang berani membuat kenyataan samada semua mangsa Memali telah terbela atau tidak.

Kini genap 29 tahun peristiwa ini berlalu. Sejarah berdarah ini amat menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan oleh mangsa-mangsa tragedi Memali dan saya sendiri. Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di dalam mukim Siong, Baling, Kedah. 

Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM). Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama. 

As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta perisai. Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali. 

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat. Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara. Kezaliman pihak berkuasa ke atas As Syahid dan sabahat-sahabatnya serta keluarga mereka sehingga ke hari ini tidak dibela. Kebajikan mereka dinafikan walaupun mereka dizalimi. Inilah kezaliman maha dahsyat yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas rakyatnya sendiri. 

Kini selepas 29 tahun ianya berlalu, tidak nampak kesungguhan dan keseriusan pihak berkuasa untuk memberikan sedikit pembelaan dan keadilan kepada mangsa. Kezaliman kerajaan terhadap As Syahid dan sahabat-sahabatnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit dan kemaafan. Ianya tidak akan dilupakan oleh seluruh keluarga syuhada malah seluruh pencinta perjuangan Islam. 

Siapa Ibrahim Libya? 

As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali. Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya. Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an. 

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1. Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali. Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. 

Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah. Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling. Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. 

Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah. 'Dosa' Ibrahim Libya Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar. Menurut Senator Yusuf Husin ( seorang dari anak didik Ustaz Ibrahim yang turut sama dalam tragedi tersebut), selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara. Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah. 

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya. Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya. 

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan. Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin. Simbol perlawanan terhadap ISA Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA. 

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali  4 tahun lalu: "Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA." Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia. Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA. Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang. (Walaupun ISA telah dihapuskan tetapi SOSMA pula diperkenalkan).

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai. Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu. Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan. 


Selepas 29 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal. Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.

Nota : Sebahagian diambil dari rencana Malaysiakini.

Comments

Anonymous said…
Tanya Hj. Hadi,akibat dari Amanat Bbeliau lah terjadi nya Memali.Tanya Parti PAS kemana pergi Wang Tabung Memali. Menagih simpati melalui tulisan dengan menceritakan berat sebelah tidak akan kemana.
Fakirulkhoir said…
Benar. Satu penyiasatan menyeluruh mesti dimulakan segera sebelum mereka yg beranggungjawab kembali untuk di adili di mahkamah Robbul Jalil. Percayalah, jika INI berlaku, natijahnya amat menggerunkan.
Unknown said…
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 2973 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI DEWA,,di no (((085-293-577-799)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI DEWA akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI DEWA DI NO: (((085-293-577-799)


angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



angka GHOIB; malaysia



angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



angka GHOIB; laos