Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatat sejarah baru dalam dunia pekerjaan di Malaysia apabila memecat 69 pekerjanya setakat ini.
Mereka dipecat kerana didakwa terlibat dengan piket 9 Mei lalu yang mendesak presiden syarikat itu berundur kerana didakwa kurang cemerlang.
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan kepada media semalam.
“Pembuangan seramai 69 orang ini adalah sejarah negara kerana menjadi pemecatan besar-besaran di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Nawawi Ahmad ketika dihubungi media hari ini mengesahkan pemecatan terkini itu, tetapi tidak menyatakan angka sebenar.
“Ya, ada pekerja yang dipecat tapi saya tidak ada data tentang mereka,” katanya yang juga ahli parlimen Langkawi ketika dihubungi hari ini.
“Hal ini pihak pengurusan yang tentukan dan akan mengambil tindakan tata tertib, jadi tindakan tata tertib tu berjalanlah.”
Piket sebelum ini disertai ratusan anggota RUM bagi mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2 Mei 2012.
Tindakan KTM ini disifatkan satu tindakan yang terburu-buru dan tidak berperikemanusiaan kerana ianya tidak dilakukan secara telus dan adil. Apakah pekerja-pekerja yang terlibat telah diadili dengan mengikut prosedur dan undang-undang buruh. Jika tidak sudah mereka ini mempunyai asas yang kukuh untuk mencabar KTM di mahkamah.
Mereka hanya berpiket bukannya menjalankan mogok dan meninggalkan kerja mereka sesuka hati. Memang ada peruntukan dalam undang-undang untuk pekerja berpiket. Moga-moga mereka yang dibuang kerja diberi pembelaan yang sewajarnya oleh pihak berkenaan.
Sumber : Mkini

Comments