.

.

18 November 2014

HENTIKAN KENYATAAN AKHBAR YANG MERUGIKAN MASA DEPAN PR

Blog ini sudah banyak kali menggesa pimpinan Pakatan Rakyat supaya menghentikan sebarang kenyataan akhbar yang boleh merosakkan masa hadapan Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak pasti kenyataan ini merugikan atau menguntungkan Pakatan Rakyat lebih baik kita berdiam diri. Jangan nanti kita dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak cerdik dan pendek akal.

Sebagai pemimpin di peringkat pusat yang bukannya pucuk pimpinan tertinggi parti lebih baik kita berdiam diri dan jangan memberikan sebarang jawapan kepada pertanyaan media dan jangan menulis semberono dalam akaun persedirian media sosial anda.

Rakyat sudah muak dengan gelagat dan tindakan pimpinan PR yang jelas seolah-olah sedang bercakaran. Di sudut lain masing-masing berusaha untuk memperbaiki imej PR di mata rakyat namun di sudut lagi pemimpin-pemimpin PR berbalas-balas jawapan di media. Rakyat menonton semua ini. Jangan parahkan lagi suasana yang ada ..................cukup lah ..........

Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter