.

.

20 November 2014

HANYA SETAKAT BERLARI ...TIDAK AKAN BASMI RASUAH

Rakyat bukannya mahu SPRM atau kerajaan menganjurkan larian basmi rasuah, tetapi kita semua mahu mereka serius menyiasat dan mengambil tindakan kepada semua orang tidak kira siapa mereka. Bukan setakat siasat dan akhirnya tiada kes atau siasat keputusan tidak perlu didakwa atau siasat, dakwa dan buang kes.

Berapa ramai menteri atau orang kenamaan yang disabitkan kesalahan rasuah. Yang kena biasanya pegawai-pegawai dan kerani-kerani bawahan. Anak bilis kena bapak jerung terlepas.

Media melaporkan bahawa seramai 1,500 peserta dijangka menyertai Larian Hapuskan Rasuah di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, Ahad ini. 

Pengerusi program itu Ahmad Mahathir Abdul Mulok berkata program yang julung kali diadakan itu adalah anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Sembilan.

"Program ini bertujuan mendidik orang ramai agar tidak memberi dan menerima rasuah yang boleh memusnahkan negara dan sistem masyarakat. "Selain larian, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pameran, persembahan seni, ceramah dan juga cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 


Katanya program yang bertemakan 'Jangan Beri dan Terima Rasuah' ini adalah sempena Hari Antirasuah Sedunia 2014. Katanya penyertaan terbuka kepada semua lapisan umur dan percuma. "Program ini memerlukan peserta berlari sejauh 3.1 kilometer bermula dan berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Paroi," katanya.

Apakah cukup sekadar anjurkan larian tetapi kaki rasuah senang-senang lari dan dibebaskan selepas disiasat dengan alasan tiada kes sedangkan saban tahun laporan audit mendedahkan penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa. 

Oh Malaysia Tanahairku.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter