PAS BERGABUNG DENGAN UMNO!!! DAMAIKAN BUKAN KERUHKAN KEADAAN

Samada benar atau tidak ada usaha untuk PAS bekerjasama atau bergabung dengan Umno tidaklah diketahui. Namun riak dan angin seolah-olah ujud. Di tambah pula dengan mainan media maya yang boleh menyampaikan apa juga berita tanpa tapisan dan batasan.

Namun bagi blog ini kami berpendapat isu ini tidak harus digembar-gemburkan sebaliknya ia hendaklah dipadamkan dari bergentayangan media sosial. Jangan kita menjadi penyambung kepada lidah dan peluru musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melaga-lagakan kita.

Jika benar ujud usaha tersebut, kami cadangkan supaya mereka yang berangan-angan untuk berkawan dan tidur sebantal dengan Umno supaya berfikir panjang dan tidak mudah termakan dengan saranan serta strategi Umno. Amat malang sekali jika ada pemimpin PAS yang melupakan semua kejahatan dan kebobrokan Umno sehingga sangggup bersahabat dengan Umno. Memang Umno jenis parti yang tidak boleh dibuat kawan. Bila kuat jeling kepada kita pun tidak, bila lemah mereka melutut dan merayu kepada kita untuk berkawan dan bersahabat.

Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS ditendang keluar dari BN pada tahun 1977. Ketika Perikatan tewas teruk pada PRU 1969 pimpinan Perikatan menghulurkan tangan merayu supaya bersama-sama dengan mereka demi masa depan agama, bangsa dan negara bergabung dalam Barisan Nasional. Tetapi bila mereka kuat akhirnya PAS ditendang bagaikan kucing kurap.

Apakah Umno ikhlas ingin berkawan dengan PAS sedangkan pada masa yang sama mereka menafikan hak asasi kita sebagai sebuah parti politik berdaftar dan juga menafikan hak kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS dan PR. Terbaru tindakan mereka mengugut untuk mengambil tindakan terhadap Unit Amal adalah rentetan biadapnya mereka kepada PAS dan anggota-anggotanya.
Itu belum lagi dikira bagaimana mereka mendera rakyat Kelantan dan Terengganu (1999-2004) dengan menafikan royalti petroleum. Selain itu mereka tanpa segan silu menubuhkan 'JKKK' mereka sendiri iaitu JPP sedangkan JKKK sah di bawah kerajaan negeri telah berkhidmat sejak sekian lama.

Jadi renung-renungkanlah .................

Comments

Anonymous said…
Nasihat dan ulasan begini adakah peminpin Pas baca,?Mereka hampir tak peduli apa yang telah di katakan oleh penulis atau pengikut parti yang tidak mahu bersama dengan Umno.Ada sahaja ulasan dan tulisan seiring mahu bersama Umno cuma tidak nyata,Selalaunya peminpin yang pakai serban tebal lilitnya.peminpin profosional langsung tidak buat kenyataan begini.
Anonymous said…
mung sape??? mung ingat tuang presideng ug nok dengor cakap mung???? aku yaking ramai pemimping kanang pas akan keluor parti nnt.
Anonymous said…
Berapa kerusi plastik UMNO/BN nak beri pada PAS untuk dengar ceramah kempen PRU14 seandai PAS belot pada Pakatan Rakyat?
hawariyyun said…
tak sewajarnya sdr sbg seorg pimpinan negeri mempercayai berita2 yg diwar2kan oleh unit cyber pkr dan umno.mrk menyebarkan berita agar kita meragui dan membenci presiden.benarlah fitnah lebih dahsyat dr pembunuhan.
Anonymous said…
tak sewajarnya sdr sbg seorg pimpinan negeri mempercayai berita2 yg diwar2kan oleh unit cyber pkr dan umno.mrk menyebarkan berita agar kita meragui dan membenci presiden.benarlah fitnah lebih dahsyat dr pembunuhan.