MB SELANGOR : PORTAL INTERNET JANGAN JADI MEDIA PENCACAI

PAS Kawasan Bukit Katil menyelar tindakan media yang mensensasikan berita-berita yang samar dan tidak datang dari sumber yang sahih. Terbaru Portal Star Online versi Bahasa Malaysia melaporkan bahawa PAS menghantar 3 nama Exco PAS sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor. Star Online melaporkan berita tersebut dengan tajuk Hadi mahu PAS MB Selangor  (://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/04/hadi-mahu-pas-mb-selangor'.)

Selepas itu laporan itu disiarkan pula oleh Malaysiakini dengan tajuk 'Hadi nominates 3 PAS Excos for MB Post' (http://www.malaysiakini.com/news/273621).

Tindakan kedua-dua portal berita ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang ramai. Walaupun tajuknya dibuat menggunakan tanda soal namun ia mungkin disalahtafsir oleh pembaca yang rata-rata menggunakan sumber portal internet sebagai rujukan berita mereka.

Sebagai sebuah media yang dikatakan mahukan kebebasan media, mereka mesti bertanggungjawab dan meneliti setiap berita agar ianya merupakan berita yang sah dan datang dari sumber yang sahih bukannya dari sumber-sumber yang samar dan tidak rasmi.

Kita bimbang jika portal-portal menjadi pencacai kepada musuh-musuh politik PR yang sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan PR sejak dari dahulu lagi.

Jangan ulangi kesilapan media arus perdana yang dikuasai kerajaan BN yang sengaja mensensasikan berita-berita yang melibatkan PR bagi memburuk-burukkan PR di mata rakyat. Portal berita internet mesti mengekalkan rekod mereka yang dikatakan bersih dan bebas.

PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini mengharapkan portal-portal berita internet memohon maaf kepada seluruh pemimpin dan penyokong PR khususnya PAS yang terguris dengan tindakan mutakhir media-media yang menyiarkan laporan yang mengelirukan. 

Kepada pemimpin dan penyokong PR berhati-hatilah jangan sekali-kali kita percaya bulat-bulat segala laporan yang dibuat oleh media-media yang ada disekeliling kita. Kita mesti membuat semakan kepada sumber-sumber sahih demi kesejahteraan dan keharmonian kita semua.

Mari sama-sama kita berganding bahu memurnikan media di negara kita agar rakyat memperolehi berita-berita yang sahih dan tepat. Jangan kita memikirkan keutungan dan populariti sahaja sehingga membelakangkan etika kewartawanan.

Mohd Sofi Abdul Wahab (http://www.facebook.com/sofiwahabpj9)
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil 

Comments

Anonymous said…
Hasrat tuan begitu mulia tetapi segelintir pemimpin PAS yg telah mengajar mejadi munafik di benarkan di dalam parti PAS. Janji lain buat lain.
Anonymous said…
Hasrat tuan begitu mulia tetapi segelintir pemimpin PAS yg telah mengajar mejadi munafik di benarkan di dalam parti PAS. Janji lain buat lain.
XUMNO said…
Masalahnya beberapa pemimpin tinggi Pas pun termakan dengan cerita The Star tersebut! Tanpa mendapatkan pengesahan dari Presiden Pas, pemimpin2 ini berubah jadi ayam turkey; berbunyi serentak menyalahkan Presiden dan Majlis Syura sambil mengeluarkan kenyataan2 yang tidak sepatutnya sebagai pemimpin dan ahli Pas.Akhlak buruk pemimpin2 ini mungkin merupakan hasil niat duniawi yang sudah menebal dalam kalbu mereka.