RAKYAT MAKIN TERTEKAN DGN KENAIKAN OPR

Bank Negara Malaysia umumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 basis point, menjadi 3.25% petang tadi, 10 Julai 2014.

Ini bermaksud cost of funding pihak bank bertambah tinggi. Bank, kebiasannya akan menyerap kenaikan kos tersebut dengan 'pass' kepada pengguna.
.
Apa maksudnya kepada poket kita ?

1. Kepada yang ada pembiayaan perumahan berasaskan BLR / BFR, kadar pembayaran dijangka naik. Justeru, kita kena bayar lebih jika kenaikan BLR / BFR juga berlaku.

2. Kepada yang dalam proses beli rumah, kena kira balik atau rujuk pegawai bank, berapakah bayaran bulan-bulan yang baru, jika BLR / BFR naik.

3. Kadar pembiayaan ASB, personal financing, OD dll yang juga berasaskan BFR / BLR, dijangka naik. Justeru, kena bayar lebih.

4. Sewa rumah naik? Tak mustahil kalau tuan rumah sesak nafas nak kekalkan profit margin.

5. Untung buat pembiayaan ASB, pairing dengan OD lagi, makin sikit lah jawabnya, jika BLR / BFR naik.

Sila semak semua beban hutang yang kita ada, jika semua harta-harta yang kita beli dengan menggunakan hutang yang berasaskan BLR / BFR, pandai-pandailah nak hidup.

Sila klik link di bawah untuk artikel percuma berkaitan urus hutang. (Selamat naik 25 basis point je dulu...)

http://www.pakdi.net/rahsia-urus-hutang-hati-tenang

Comments