SELAGI HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN ......

Bila agaknya akan berakhir perbuatan tidak bertamadun seperti di bawah ini akan berakhir.

Sejak akhir-akhir banyak kes yang tidak masuk akal betlaku di mana kanak-kanak dipotong kepala, dibunuh kejam dan lain-lain.

Semalam Polis menahan 13 pembantu rumah warga asing bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi dalam sebuah gaung berdekatan Genting Highlands semalam.
    
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata mereka ditahan untuk direman susulan penahanan seorang ejen yang membekalkan pekerja asing dan isterinya pada Selasa.
    
"Kesemua 13 pembantu rumah itu bersama-sama ejen tersebut dan isterinya direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
    
"Bagaimanapun, punca utama kematian bayi itu masih dalam siasatan kerana keputusan akhir bedah siasat belum diketahui," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara hari ini.

Comments