Sudah lama Polis tidak menahan rakyat yang mengadakan bantahan aman. Beberapa himpunan mega sebelum ini seperti Bersih 3, Himpunan 501 1 Mei dan sebagainya berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi dan tangkapan.
Tiba-tiba hari ini Polis kembali kepada perangai lama dan menunjukkan belang mereka menangkap sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
Mereka yang ditahan ialah ketua Himpunan Hijau Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Dr Phua Kia Yaw dan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali dengan nama 'Superman'.
Turut ditahan ialah aktivis Australia Natalie Lowrey yang mewakili Friends of the Earth untuk menyokong protes tersebut.
Mungkin Polis tidak serik atau sengaja menutup bahawa dengan beberapa kes mahkamah yang jelas menyebelahi para peserta bantahan di mana mereka dibebaskan oleh mahkamah.
Kira-kira 1,000 orang berhimpun di pintu masuk kilang dengan kira-kira 300 kenderaan seawal tengah hari untuk menuntut penutupannya.
Semalam, Polis telah mendapat perintah injuksi semalam yang menghalang sesiapa berkumpul dalam lingkungan 20 meter loji kilang tersebut.
Bagaimanapun kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi trak meriam air membuat sekatan kira-kira 300 meter dari pintu masuk loji Lynas itu.
Mereka turut diperkuat dengan kehadiran 100 anggota polis
beruniform.
Polis telah mengarahkan peserta protes itu supaya bersurai tetapi tidak dipersetujui walaupun Wong Tack berbincang dengan polis selama 30 minit pada jam 3 petang supaya dibenarkan berkumpul di depan loji itu.
Keadaan menjadi bertambah tegang apabila kedua pihak tidak mahu beralah, dengan peserta protes tidak mahu berganjak dan duduk di jalan tar itu.
Kira-kira jam 4.30 petang, Ketua Polis Kuantan Abdul Aziz Salleh memberi tempoh 10 minit kepada mereka untuk bersurai.
Bagaimanapun Wong Tack dengan tegas berkata: "Kami tidak akan berganjak."
Suasana menjadi bertambah panas apabila berlaku tolak menolak antara peserta protes dan anggota polis yang membentuk halangan, menyebabkan dua orang ditangkap.
Selepas itu Abdul Aziz mengumumkan masa untuk bersurai telah tamat.
~ Mkini

Comments
Cepat sungguh Tuan marah pada polis (Islam dan Melayu) apabila mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang ditangkap (Kafir).
Tuan, Kakitangan Lynas seramai lebih kurang tiga ribu adalah Islam dan Melayu.
Tahukah Tuan perkara yang sebenar tentang isu Lynas? Mereka-mereka yang bersungguh-sungguh membantah Lynas mempunyai agenda yang lebih besar tetapi berjalan dengan halus. Yang pasti Tuan, Islam dan Melayu akan menjadi mangsa. Mereka perkudakan kita. Tapi kita tidak sedar malah berasa bangga kerana kononnya tergolong di dalam golongan yang prihatin.
Sebenarnya, jika kita tanya peserta Melayu yang bersama -sama itu apakah yang mereka tahu tentang yang mereka perjuangkan itu, saya pasti jawapannye ialah 'Aku tak tahu dan tak mahu ambil peduli. Tentang tetap tentang.
Tuan, renungkanlah.
Terima Kasih.