NEGARA SEKULAR BUKAN, NEGARA ISLAM PUN BUKAN ......MALAYSIA BOLEH

Malaysia bukan Negara Islam dan juga bukan Negara Sekular. Jadi kalau begitu Malaysia negara apa..........Malaysia negara serba boleh. MALAYSIA BOLEH ........setuju atau tidak?


Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan Malaysia adalah "negara umat Islam" kerana kuasa majoritinya diperintah orang Islam, sementara pelaksanaan Islam belum terpakai sepenuh di negara ini.

Dalam kenyataan medianya, Ketua Penerangannya Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia juga tidak boleh ditafsirkan sebagai negara sekular sepenuhnya.

Ini kerana, katanya, terdapat peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 121 dan di peringkat negeri melalui Mahkamah Syariah yang membuka jalan kepada pelaksanaan Islam.

"Justeru, isunya ialah bukan status negara sama ada Islam atau Sekular tetapi ialah usaha untuk memberi makna bagi Islam yang lengkap dan syumul bagi peruntukan perlembagaan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Ia menjadi kewajipan seluruh umat Islam sama ada yang telah berada di puncak kuasa atau sebagai rakyat yang mengundi memilih orang yang berkuasa untuk memberi makna yang signifikan untuk Islam di Malaysia," katanya.

Beliau mengulas perdebatan mengenai status Malaysia sebagai negara Islam atau sekular yang dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini.

Gambar sekadar hiasan

Comments