BAZAR RAMADHAN : SEWA PULUHAN RIBU NAK BANTU MELAYU?

Riuh pasal sewa bazar Ramadhan di Melaka yang kosnya sehingga puluhan ribu. Macam-macam dakwaan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak disertakan sekali dengan bukti-bukti yang boleh dipercayai. Malah pihak berkuasa sendiri membuat kenyataan yang mengakui perkara ini.

Cuma blog ini ingin bertanya beberapa soalan :

  • apakah jumlah sewaan yang sebanyak itu dikenakan bagi membantu peniaga-peniaga Melayu?
  • rakyat menanti jawapan dari Ketua Menteri tentang kouta-kouta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu?
Kami tunggu jawapan mu!!!!

Di bawah antara keluhan rakyat :


Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman ketika melawat Tapak Bazar Ramadan Taman Cempaka, Melaka baru-baru ini. Apabila mendengar Bazar Ramadan Taman Cempaka, sudah tentu gah di kalangan orang Melaka. Inilah tempat yang paling sibuk di waktu malam selepas berbuka puasa, dengan kesesakan lalu lintasnya yang sangat 'menghiris hati dan jantung' sesiapa pun.

Ini ditambah dengan kawalan lalu lintas di Taman Cempaka oleh anggota SRS yang sombong. "Di sini tak boleh parking di situ tak boleh parking". Jadi di mana yang boleh letak kenderaan?

Itu satu perkara yang saban tahun diketahui umum jika manusia terlalu ramai di satu-satu tempat. Tetapi apa yang sangat mendukacitakan saya ialah 'harga yang tidak munasabah' di kalangan peniaga-peniaga Kemboja yang tidak mesra pelanggan.

Mereka ini berniaga di kedai-kedai tetap di bangunan sedia ada di Taman Cempaka. Mereka mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang terlalu mahal. Contohnya sepasang baju Melayu berharga RM139 sepasang, sedangkan di kedai yang dimiliki oleh bangsa bukan Melayu harganya cuma RM69 atau paling mahal RM89 sepasang.

Kita sedia maklum, peniaga Kemboja terkenal dengan perniagaan kain baju sejak 30 tahun dahulu. Malah saya masih ingat sewaktu saya kecil, peniaga-peniaga yang layak kita panggil nenek atau makcik membawa baju-baju atau kain mereka di atas kepala. Dengan rasa kasihan atas kesusahan mereka, kita pun membeli sehelai dua dengan cara berhutang.

Setelah 'pihak ini' maju dan mampu memiliki 'PR' (Permanent Resident) dan layak serta mampu menyewa kedai-kedai atau gedung perniagaan, mereka 'mengganyang semula' pelanggan (mungkin kesat perkataan ini tapi itulah kenyataan).

Saya rasa pembaca pun sedia maklum. Peniaga Kemboja memonopoli 98 peratus perniagaan kain baju Melayu di Taman Cempaka, Bandar Melaka, KB Mall di Muar dan merata tempat lagi di Semenanjung Malaysia.
Mengapa kita harus 'memberi muka' sangat kepada mereka sedangkan mereka datang ke negara kita yang tercinta ini atas dasar kasihan. Inilah kesan yang kita nampak atas dasar kasihan kita di masa lalu. Memang benar kerajaan kita terlalu baik tetapi kita harus ingat sampai bila peniaga-peniaga Melayu (Bumiputra) dapat bertahan dengan kerenah mereka?

Peniaga Kemboja memonopoli bidang ini tanpa belas kasihan kepada pelanggan-pelanggan Melayu, terutamanya yang kurang berada. Dengan muka yang masam dan serius mereka berniaga dan akhir sekali proses jual beli mereka mengatakan 'harga boleh kurang kalau nak'. Cuba fikirkan bagaimana harga nak kurang jika 'mereka' telah 'mark up' harga dua kali ganda? Mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Jangan terperanjat kalau saya katakan di sini 'mereka' hidup kaya dan mampu memandu BMW dan Mercedes Benz.

Kita tidak marah mereka berniaga dan kaya raya tapi mereka jangan lupa diri dan ingat siapa yang tolong mereka yang satu masa dulu 'menjaja' baju ke hulu ke hilir. Harap pihak berkuasa memantau perkara ini kerana mereka memonopoli semua premis perniagaan baju Melayu sedangkan 'taukeh' atau persatuan mereka yang sama mengawal segala urusan.





Comments

Anonymous said…
Sewa bazar mahal kena tanya MBMB dan pemimpin negeri mengapa ada kuota2 ...kebanyakan yang dpt tapak mereka yang tak berniaga kemudian sewakan pulak kpd org lain khususnya kemboja dgn harga berlipat ganda. Kemboja berani ambil kerana ada wang dan barang...Peniaga Melayu tersepit dek harga tapak yg mahal....Satu lagi Mkebanyakan pengusaha Melayu nak kerja senang dan nak cepat kaya...Itu masalahnya...
Anonymous said…
Sewa bazar mahal kena tanya MBMB dan pemimpin negeri mengapa ada kuota2 ...kebanyakan yang dpt tapak mereka yang tak berniaga kemudian sewakan pulak kpd org lain khususnya kemboja dgn harga berlipat ganda. Kemboja berani ambil kerana ada wang dan barang...Peniaga Melayu tersepit dek harga tapak yg mahal....Satu lagi Mkebanyakan pengusaha Melayu nak kerja senang dan nak cepat kaya...Itu masalahnya...