PRK TELUK INTAN : PENGUNDI BERKOBAR-KOBAR TOLAK BN

Menurut SPR, jumlah keluar mengundi setakat jam 1pm adalah 46.65 peratus atau 27,955 penugundi.

SPR menyebut bahawa sehingga jam 1.30 petang tadi 40.13 peratus atau 24,050 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakan tengahari, lapor Bernama.

Pusat media - Calon BN Datuk Mah Siew Keong mendakwaMalaysiakini tidak melaporkan dengan tepat kenyataannya mengenai pengundi luar kawasan di Teluk Intan.

"Anda perlu melihat konteks keseluruhan ucapan," kata Mah, merujuk kepada satu laporan semalam di mana beliau menggesa pengundi tempatan supaya tidak membiarkan pengundi luar kawasan menentukan nasib Teluk Intan.

"Saya tidak kata mereka orang luar, mereka juga adalah anak-anak tempatan di sini," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya berkata mereka harus berunding dengan ibu bapa mereka sebelum membuat keputusan.

Mah, yang melawat semua daerah mengundi pagi ini, berkata jumlah keluar mengundi di kawasan Pasir Bedamar, kubu kuat DAP adalah sangat tinggi, tetapi beliau meramalkan jumlah keluar mengundi keseluruhannya juga akan tinggi apabila proses pengundian selesai.

"Masih terdapat banyak kereta datang dari Kuala Lumpur dan Selangor. Dan juga ramai yang bekerja separuh hari di estet hari ini. Lebih ramai yang akan mengundi pada sebelah petang," katanya.

Comments