Satu tinjauan terbaru oleh Merdeka Center menunjukkan ramai dari kalangan pengundi yang ditinjau menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.
Laporan yang dikeluarkan firma penyelidikan bebas itu menujukkan 50 peratus daripada 513 orang berpendapat demikian, berbanding 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.
Tinjauan itu dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac.
Keputusan 'survey' ini menggambarkan kepada kita bahawa rakyat sekarang tidak menerima bulat-bulat apa juga info yang sampai kepada mereka tidak kira siapa yang menyampaikan maklumat tersebut. Inilah kemajuan pemikiran yang kita dapat lihat dipunyai oleh rakyat Malaysia sekarang.
Menurut tinjauan tersebut, 50 peratus dari responden tidak berpuas hati dengan pengurusan krisis, manakal 43 peratus lagi berpuas hati.
Pecahan responden berkenaan menunjukkan lebih ramai pengundi dari kaum bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan – 74 peratus dari masyarakat Cina dan 59 peratus pengundi India.
Sebaliknya, 63 peratus pengundi Melayu menyatakan rasa puas hati, berbanding 30 peratus yang tidak berpuas hati dari pecahan sama.
Golongan yang lebih banyak berpuas hati itu pula didapati terdiri dari golongan penjawat awam (53 peratus) dan yang tidak bekerja secara rasmi (50 peratus).
~ Mkini.

Comments