.

.

22 April 2014

GEMPAR : JUMPA MAYAT REMAJA DALAM KEADAAN NGERI DI TAMAN MERDEKA JAYA

Seorang remaja yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui maut dalam keadaan ngeri setelah kaki dan tanggannya diikat pada sebuah kerusi serta mulutnya ditutup dengan tali.

Mangsa, Gunaseelan a/l D.Murgan di temui di tingkat satu sebuah bangunan kosong di sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Melaka kira kira jam 6.30 petang Selasa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka, Raja Sharom Abdullah Said, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian namun, telah meninggal dunia kurang 24 jam berdasarkan keadaan mangsa.

“Kami sedang menjalankan siasatan untuk mencari kematian mangsa, mengapa diikat sehingga begitu dan apa yang telah menyebabkan kematiannya,” kata Raja Sharom.

Menurut Raja Sharom, siasatan awal mendapati tiada pergelutan berlaku atau sebarang kesan tikaman pada anggota badan mangsa, namun pihak polis akan menyiasat punca kematian mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Polis difahamkan bahawa ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang diculik pada Ahad lepas sebelum dijumpa mati petang semalam.

Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk di bedah siasat.

JENAYAH SUDAH MENJADI PERKARA BIASA. BUKAN LAGI DIKIRA BERAPA JENAYAH DALAM MASA SEHARI TETAPI .....BERAPA JENAYAH DALAM SESAAT!!!


No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter