BALING MENJADI SAKSI PENDERITAAN RAKYAT MISKIN

Himpunan penoreh-penoreh getah di Baling hari ini menceritakan segala-galanya tentang penderitaan rakyat khususnya penoreh getah. Ia mengulangi nostalgia himpuanan Baling 1974.

Penoreh getah semakin menderita apabila harga sekilo getah kurang dari RM2.00. Apa yang mereka hendak makan dengan pendapatan ciput begini sedangkan anak mereka 5 orang atau lebih.

Kerajaan seolah-olah berdiam diri dan sering menyalahkan harga pasaran sedangkan tiada usaha-usaha yang konkrit dan serius bagi mengatasi masalah itu.

Apa yang menhairankan bila tiba musim pilihanraya harga komoditi ini meningkat dengan mendadak sehingga RM7.00-RM8.00 sekilo. Setiap kali PRU harga komoditi naik dan merudum jatuh selepas PRU. Nampak jelas seolah-olah adanya permainan politik dalam isu ini.

Malangnya rakyat masih belum sedar dan serik. Sudah 13 kali ditipu masih terus menyokong BN. Kawasan pedalamanlah yang paling kuat Umno/BN.

Comments