TAIB NAK SELAMATKAN DIRI JADI TYT

Tindakan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang akan meletakkan jawatan dan melobi untuk menjadi TYT Sarawak merupakan tindakan untuk menyelamatkan diri dari segala masalah rasuah yang membelenggu dirinya.

Rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak tahu bahawa Taib, keluarga dan kroninya mempunyai harta berbilion ringgit di dalam dan luar negeri.

Semua orang tahu anak-anaknya adalah jutawan. Dari mana Taib dan anak-anaknya mendapat harta sebsnyak itu? Perkara ini masih tidak disiasat SPRM walaupun pelbagai laporan dan rungutan dibuat oleh pelbagai pihak.

Kita mahu perkara ini disiasat segera malah ia sepatutnya telah lama disiasat oleh SPRM. Amat sayang sekali SPRM langsung tidak berani menyiasat skandal Taib ini.

Rakyat sudah pasti tidak bersetuju dengan cadangan Parti Pesaka PBB yang mencadangkan Taib menjadi TYT. Beliau tidak layak menjadi TYT selagi dirinya tidak dibuktikan bersih oleh SPRM. Malah Taib memang tidak layak menjadi TYT kerana dirinya memang dilihat tidak bersih dengan empayar kekayaan diri dan anak-anaknya.

Tindakan Taib melobi untuk menjadi TYT juga dilihat sebagai tindakan untuk menyelamatkan diri dari isu kontroversi ini yang membelenggu diri dan keluarga nya. Beliau juga cuba untuk menuruti jejak langkah bekas Menteri Besar Pahang yang dilantik sebagai TYT Melaka.

Rakyat menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung agar baginda tidak memperkenankan perlantikan Taib Mahmud sebagai TYT.

Comments