DI MANA KAN KU CARI DIKAU

KOTA BHARU: Hasnah Awang, 52 tidak lagi berselera menjamah makanan selepas lapan hari anak kesayangannya, Siti Aisyah Abu Bakar, 21 tidak pulang ke rumah.

Katanya, ketika anak keenam itu keluar dari rumah beliau menghantar anaknya yang lain ke sekolah kira-kira jam 7 pagi.

“Apabila pulang ke rumah ibu saya, Minah Yusof memberitahu Cah (Aisyah) turun dari rumah tanpa memberitahu ke mana hendak pergi.

“Sejak hari itu kami sekeluarga puas mencari tidak jumpa. Saya merayu mana-mana orang yang terserempak dengannya supaya menghantarnya pulang,” katanya di sini.

Aisyah pelajar lepasan STAM di Maaahad Pengajian Islam pada 2012. Beliau sebelum ini berhasrat melanjut pelajaran ke Mesir selepas lulus peperiksaan tersebut, bagaimana menundanya selepas berlaku pergolakan di Kaherah.

Hasnah yang tinggal di Kampung Paya Bemban juga berkata, ketika menunggu peperiksaan STAM Aisyah bekerja sementara di sebuah kedai borong tidak jauh dari rumahnya.

Katanya, ketika bekerja di situ dia berkenalan dengan seorang pemuda Myanmar dan berkawan dengannya.

“Bagaimana pun keluarga tidak merestui hubungan mereka. Selepas itu ayahnya menghantar Aisyah tinggal bersama abangnya di Kuala Lumpur dan bekerja di sana.

“Selepas kira-kira sembilan bulan bekerja di sana dia balik pada 28 Januari lalu kerana cuti Tahun Baru Cina.

“Bagaimanapun pada 6 Febuari Aisyah tiba-tiba menghilang diri dan tidak balik rumah sampai sekarang. Kami sekeluarga amat bimbang keselamatannya,” katanya.

Suaminya, Abu Bakar Mat Ali, 56 bekerja mengambil upah menebang pokok. Mereka mempunyai 10 anak, empat perempuan dan enam lelaki.

Hasnah berkata, beliau sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada 8 Febuari lalu, namun sehingga sekarang belum mendapat sebarang khabar berita.

Katanya, lelaki Myanmar yang dikenali anaknya itu masih lagi tinggal di Paya Bemban dan telah memeluk Islam selepas mengenali Aisyah.

Beliau juga memberitahu pada hari Aisyah menghilangnya diri dia ada menghantar sistem pesanan ringkas kepada kakaknya, Mah meminta supaya emak dan ayahnya tidak gusar tentang dirinya.

Oleh itu Hasnah berharap orang ramai yang menemui Aisyah supaya menghubungi keluarganya Mah (014 509 4924) dan Abu Bakar (013 933 2620).

~ harakahdaily.

Kes lari dari rumah ini memang sering berlaku. Kepada muda-mudi di luar sana sedardan insaf lah jangan kecewakan ibu dan ayah anda. Mereka sangat menyayangi anda .......... 

Comments