BAZIR DUIT RAKYAT : PR DAN BN MESTIKAN KOTAKAN JANJI

Melaka : Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Mahani Othman Basir mencadangkan supaya PR dan BN masing-masing memberikan kemenangan percuma kepada lawan-lawan masing di Dun Kajang dan Balingian.

"Kalau betul kedua-dua gabungan tidak mahu membazirkan duit rakyat saya ingin cadangkan supaya BN memberikan kemenangan percuma kepada PR di Dun Kajang dan PR jangan bertanding di Balingian" 

"Kalau kedua-dua parti boleh melakukan perkara demikian barulah benar hujah kedua-dua parti tidak mahu duit rakyat dibazirkan jutaan ringgit kerana adanya PRK di kedua-dua tersebut" ujar Mahani.

Beliau berkata BN sebelum ini menuduh tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang darI PKR meletakkan jawatan adalah membazir tetapi kini Adun Balingian iaitu Taib Mahmud juga meletakkan jawatan ini juga satu tidakan membazir.

"Kalau betul kedua-dua parti tidak mahu membazirkan duit rakyat ayuh buktikan sekarang, jangan hanya pandai cakap sahaja".

"Kemenangan kedua-dua parti di kedua-dua kerusi tersebut tidak mengubah landskap politik di Selangor dan Sarawak kerana PR dan BN mempunyai majoriti yang sangat selesa" tambah beliau.

Menurutnya mungkin ada pihak yang mahukan pilihanraya berlangsung atas alasan untuk menguji kekuatan parti masing-masing di kedua-dua Dun itu.

"Bagi saya PR akan menang selesa di Kajang dengan isu-isu harga barang, isu keselamatan dan ekonomi semakin teruk di Malaysia sekarang"

"Manakala BN juga akan menang mudah di Balingian kerana isu-isu nasional dan kesusahan rakyat tidak mempengaruhi pengundi di sana yang jauh ketinggalan dari segi maklumat dan rendahnya kesedaran politik mereka"kata beliau.

Mahani berpendapat, SPR tidak perlu bersusah payah membelanjakan jutaan ringgit untuk menguruskan kedua-dua PRK ini.

"Elok rasanya pada hari penamaan calon, SPR umumkan PR dan BN menang tanpa bertanding, jika ada calon bebas yang bertanding pun mungkin kita boleh 'slow talk' sebab mereka sudah pasti tidak akan menang menentang kedua-dua gergasi politik Malaysia ini".

"Masa, tenaga dan wang rakyat, petugas parti, SPR dan jentera kerajaan lain tidak terbazir dengan PRK ini" tambah beliau. 

Comments

Anonymous said…
anwar sedar 'membazir' itu tp demi utk menyelamatkan pembaziran lebih parah jika umno berkuasa di selangor, maka membazir sedikit terpaksa dilakukan.

kalau nk betul2 tk membazir bubarkan PR la,,,, biarlah umno memerintah sehingga kiamat, biarkan umno membazir utk suku sakat sendiri.. sampai satu masa PERKASA pun tak dpt nk makan kangkung pun.