PAS Sarawak
mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Adenan Satem yang diumumkan sebagai
pengganti kepada Pehin Seri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak
yang baru.
Ketua
Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden berkata pemilihan Adenan Satem walaupun
agak mengejutkan tidak memberikan makna yang besar kepada rakyat Sarawak jika
dasar dan cara pentadbiran yang diamalkan oleh Abdul Taib diteruskan oleh
Adenan Satem.
“Sebagai
rakyat Sarawak kita mengharapkan Adnan dapat menyelesaikan isu-isu kontroversi
yang melibatkan Taib Mahmud dan keluarganya yang didakwa mempunyai aset
berbilion ringgit”
“Adenan
mestilah berusaha supaya kerajaan yang diwarisinya adalah kerajaan yang bersih
dan semua perkara-perkara yang meragukan mesti disiasat dengan segera. SPRM
mesti dipanggil dengan segera bagi memulakan siasatan dengan telus,
professional dan pantas”
"Kita harap Adenan jangan kecewakan rakyat Sarawak dengan meneruskan kesilapan pemimpin sebelum ini yang bukan sahaja dilihat tidak telus tetapi seolah-olah menghalang SPRM untuk menyiasat" ujar Andri
Beliau juga
menegaskan agar kerajaan baru pimpinan Adenan memastikan calon Tuan Yang
Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang baru mestilan seorang yang bersih,
berintegriti dan tidak terpalik dengan dakwaan serta isu-isu kontroversi yang
berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.
“Kerajaan
mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan mencadangkan siapa yang mereka
mahu untuk dilantik menjadi TYT.”
“Bagi kami
jika Pehin Seri Taib yang hendak dicadangkan beliau mestilah terlebih dahulu
ditapis dan disiasat oleh SPRM. Setelah beliau dibuktikan bersih barulah beliau
layak dilantik sebagai TYT” tegas Andri.
Selain itu Andri
juga mengharapkan kerajaan baru pimpinan Adenan nanti lebih proaktif dan
dinamik dalam menyelesaikan isu kemiskinan dan kemudahan asas di seluruh negeri
Sarawak.
“Jika kita
melawat ke pedalaman Sarawak kita melihat rakyat ramai yang miskin, kemudahan
asas seperti jalanraya, air, elektrik dan sebagainya masih dalam keadaan
menyedihkan”.
“Mana
mungkin kita sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi rakyat masih dibelenggu dengan
masalah kemiskinan dan masalah kemudahan asas yang teruk sedang pemimpin negeri
dilihat begitu mewah dan kaya raya termasuk anggota keluarga mereka” tambah
Andri.
PAS Sarawak
juga, kata Andri bersedia untuk berbincang dan memberikan pandangan kepada
kerajaan negeri Sarawak pimpinan Adenan dalam apa juga isu yang berkaitan
dengan kepentingan Sarawak dan rakyatnya.
“Kita
memang bersedia bila-bila masa untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan
atas isu-isu yang bersabit dengan kepentingan rakyat dan negeri Sarawak”
katanya.
Comments