Dasawarsa ini meruntun hati saya melihat dan mendengar keluhan rakyat Malaysia mengenai kenaikan harga barang terutamanya harga barang keperluan seharian serta banyak tentangan daripada penerimaan tentang kenaikan ini. Namun apa yang saya jangkakan Bajet 2014 dapat menguntungkan semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Negeri Melaka sendiri. Ternyata jangkaan saya adalah tidak begitu tepat kerana Bajet 2014 lebih menganiayai rakyat daripada menguntungkan.
Sebagai seorang mahasiswa sudah tentu antara golongan yang terkena tempias terhadap kenaikan harga barang. Sejurus kenaikan harga barang, apa yang saya harapkan adalah mendengar respon yang bernas dari menteri-menteri Malaysia, harapan saya meleset apabila respon yang tidak langsung merakyatkan dan menambah lagi tekanan pendengarnya. Ditambah pula dengan golongan pendidik, professionalis, dan beberapa agamawan rata-rata langsung tidak memberi penentangan kenaikan barang secara serius malah ada menyokong dan memberi cadangan tidak sepatutnya seolah-olah menambah lagi kesusahan yang ditanggung khususnya rakyat marhaen. Saya fikir, mereka-mereka ini tidak berada didunia yang nyata apa yang saya maksudkan adalah mereka tidak merasai keperitan mencari sesuap nasi dengan pendapatan yang rendah. Dengan hanya berceramah, dan hanya bernasib baik mempunyai kelulusan yang tinggi yang mampu menjana pendapatan lumayan mereka seperti melupakan kedudukan bawahan iaitu rakyat miskin dan tertindas apabila berada di tempat yang begitu selesa. Berbeza pula dengan rakyat yang telah berkeluarga sudah tentu terbeban untuk menanggung semua ini berikutan kenaikan harga barang. Mahasiswa pula dibebankan dengan pinjaman PTPTN dan lain-lain pinjaman dan tidak pula dinaikkan nilai pinjamannya bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang. Saya kira ini bukan soal bila harga barang naik, rakyat perlu cari alternatif lain untuk tambah pendapatan. Ini soal harga barang yang menaik, bukan satu bukan dua, tetapi melibatkan banyak barang dan keperluan lain dan sudah tentu pendapatan yang diperolehi tidak cukup bagi menampung semua itu. Tiada jalan lain dengan kemestian untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian dan terpaksa mengikat perut gara-gara kenaikan harga barang yang tidak menentu.
Apa pun yang berlaku rakyat perlu senantiasa siap sedia dan berterusan menolak dan membantah apa sahaja bentuk penindasan yang dilakukan oleh sang penguasa yang bertindak sesuka hati tanpa mendapatkan kata putus dari rakyat. Kerana “mereka” adalah wakil kepada rakyat dan bukan tuan kepada rakyat. Seluruh Negara dikejutkan dengan agenda “menggulingkan” kerajaan pada ambang tanggal 1 Januari 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Saya lihat ini merupakan agenda tidak berakal oleh pihak tertentu yang sebenarnya menjadi dalang untuk mengapi-apikan antara kuasa rakyat dan kuasa pemerintah. Benar sekali saya rasa, NGO TURUN ditubuhkan bagi membantah dan mahukan kos sara hidup turun serta merta bukannya ditubuhkan bagi “menggulingkan” kerajaan seperti mana yang diwar-warkan oleh media perdana yang kononnya benar sekali menyampaikan segala berita.
Persamaannya turut dirasai saya apabila perlancaran kempen tolak harga barang naik dan kempen anti kos sara hidup pada 30 Disember 2013 daripada NGO Gerakan Anak Muda Melaka-GERAM. Penglibatan dalam NGO ini kebanyakan pemuda-pemudi, ini penting kerana saya fikir perkara dapat memberi nafas baru dalam gerakan yang digerakkan oleh pemuda-pemudi lebih berkesan serta lebih bertenaga dan sedikit sebanyak mampu memberi pendidikan kepada rakyat khususnya rakyat di Melaka. Kerana apa, pendidikan mampu mencerdikkan dan membuka minda seseorang itu dalam mencari solusi mengenai permasalahan yang di bawa. Sehubungan dengan itu, gerakan ini akan lebih gah dan mampu memberi injakulasi yang lebih tinggi jika diperluaskan lagi keanggotaannya dengan melibatkan ngo-ngo lain seperti Solidariti Anak Muda Malaysia Melaka-SAMM Melaka, atau gabungan Mahasiswa Melaka yang dapat saya namakan terdapat dalam facebook group iaitu Gabungan Anak Muda Melaka, Anarkis, Rakyat Marhaen dan sebagainya, tidak lupa melibatkan Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan AMK, Pemuda Sosialis, Pemuda DAP dan lain-lain gerakan partisan yang menyokong kempen ini. Walaupun perbezaan idealogi, namun saya fikir dalam satu nama payung ngo tidaklah perlu menimbang berat semua itu tetapi apa yang penting mencapai objektif mengenai kempen serta mampu memberi pendidikan dan pengetahuan terhadap rakyat Melaka kenapa perlunya bantah kenaikan kos sara hidup.
Dengan ini sebagai seorang mahasiswa, saya secara peribadinya menyokong penuh segala tindakan NGO Gerakan Anak Muda Melaka-GERAM dalam berkempen tolak harga barang naik dan anti kos sara hidup di Melaka. Saya ucapkan selamat maju jaya dan istiqamah dalam perjuangan kalian semoga diberkati oleh Allah S.W.T.
MUHAMMAD FAHDLI BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Anak Melaka Universiti Putra Malaysia (PMAM UPM).

Comments