PKR KAJANG : MCA DAN UMNO MULA KECUT PERUT

Memang secara asasnya Blog ini tidak bersetuju dengan keputusan Adun PKR meletakkan jawatan sebagai Adun untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di Dun tersebut. Namun ianya sudah berlaku dan mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapi PRK Kajang. 

PAS, DAP dan PKR sebagai sebuah pakatan sudah tentu terpaksa bekerja kuat untuk menenggelamkan BN  dengan majoriti yang jauh lebih besar di saat rakyat cukup meluat dengan BN dan Najib Razak.

Di pihak BN pula perebutan mula berlaku. Umno mahu mereka bertanding manakala MCA tetap mengungkit bahawa kerusi itu milik mereka secara tradisi.

MCA pula mula menunjukkan kegerunan dan kengerian mereka untuk bertanding. Manakan tidak mereka kalah teruk pada PRU 13 hatta Presiden mereka Liow Tiong Lai pun hanya menang dengan majoriti kira-kira 200 lebih sahaja. Sebab itu hari ini Tiong Lai cuba mengalihkan rasa ketakutan mereka dengan menganggap langkah PKR untuk mengadakan pilihan raya kecil di Kajang satu "kesilapan"  dan mendakwa parti pembangkang itu tidak sensitif terhadap peningkatan kos sara hidup.

"Mereka ( PKR) perlu berusaha ke arah meningkatkan ekonomi dan bukan sengaja mengadakan pilihan raya kecil untuk agenda mereka sendiri," kata Liow ketika ditemui di majlis hari rumah terbuka MCA Tahun Baru Cina di Kajang.

Beliau berkata PKR tidak sepatutnya menggunakan pilihan raya kecil itu untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu.

Liow menggesa rakya supaya memastikan tindakan seperti  di Kajang itu tidak berulang.

Hakikatnya MCA sebenarnya takut kalah tetapi tidak mahu Umno bertanding kerana sekali mereka faraid kerusi itu kepada Umno susahlah mereka mengambilnya kembali pada PRU akan datang.

MCA memang tahu mereka menempah kalah kerana keadaan semasa yang cukup tidak menyebelahi BN sekarang dengan kenaikan harga barang, isu keselamatan dan ekonomi yang cukup parah.

Comments