RAHMAT UNTUK SEMUA BUKAN PENGKHIANAT UNTUK SEMUA

Sebagai kerajaan jangan bila kewangan negara meruncing JANGAN BEBANKAN RAKYAT dengan penarikan subsidi minyak, gula, GST dan lain-lain. Itu namanya PENGKHIANAT UNTUK SEMUA.

Amat malang jika kerajaan sesebuah negara menjadi rakyat sebagai sumber pendapatan negara dengan memperkenalkan dasar-dasar yang menyusahkan rakyat semata-mata untuk menyelamatkan kewangan negara. Sedangkan di sana dasar pembaziran, rasuah, penyelewengan, ketirisan dan sebagainya tidak diatasi. Semua ini bukan kita bercakap kosong tetapi dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara saban tahun.

Namun umum sudah mengetahui bila keadaan kewangan meruncing mereka mulalah memperkenalkan dasar-dasar yang amat membebankan rakyat sehingga akhirnya ia bukan sahaja menyusahkan rakyat dari segi kewangan malah dari segi sosial dengan peningkatan kadar jenayah, maksiat dan sebagainya.

JADILAH KERAJAAN YANG BERSIFAT RAHMAT UNTUK SEMUA BUKAN PENGKHIANAT UNTUK SEMUA.


Comments

Anonymous said…
PENYAMUN INI SEMUA PERLU DIBAWA MUKA PENGADILAN DAN DIHUKUM PANCUNG KHALAYAK MAI INI YANG TERBAIK