MUZAKARAH : SELESAIKAN SEMUA ISU PENGANIAYAAN TERHADAP PR

Muzakarah PAS-Umno adalah isu lama yang dimainkan secara berkala. Apakah Umno benar-benar ikhlas ingin mengadakan muzakarah. 

Bagi saya Umno mesti menyelesaikan isu-isu seperti :

1) pembayaran Royalti kepada Kelantan
2) diskriminasi terhadap negeri-negeri PR
3) diskriminasi terhadap wakil-wakil rakyat PR yang dinafikan peruntukan 
4) penubuhan JKKKP di negeri-negeri PR sedangkan ianya tidak mengikut perlembagaan
5) diskriminasi terhadap perlantikan AJK Masjid, Surau dan institusi masyarakat di seluruh negara di mana hanya orang Umno/BN sahaja yang dilantik
6) bantuan perkapita kepada negeri-negeri PR yang dilengah-lengahkan
7) penafian pemberian subsidi kepada penyokong-penyokong PR
dan lain-lain.

Kalau Umno/BN benar-benar ikhlas mereka mesti selesaikan semua isu-isu di atas dan isu-isu lain yang tidak saya senaraikan.

Sejarah telah membuktikan bahawa bila Umno kuat mereka tendang PAS dari Barisan Nasional pada tahun 1977. Bila mereka lemah mereka gila talak ajak PAS berpadu dan bergabung.

Comments