MUZAKARAH : PAS BUKIT KATIL SERAH PADA PUCUK PIMPINAN

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Yassim Musa menyokong apa juga keputusan pucuk pimpinan parti dalam isu muzakarah dengan Umno.

"Pimpinan PAS sudah tentu matang dalam menentukan hala tuju parti kerana mereka sudah mahir dan masak dengan sepak terajang politik Malaysia".

"PAS Kawasan Bukit Katil mengambil sikap terbuka dan sentiasa memberikan sokongan kepada apa juga keputusan pucuk pimpinan selagi ianya tidak bertentangan dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS" ujar beliau.

Haji Yassim berkata yakin pucuk pimpinan PAS akan sentiasa dipandu dan diberi nasihat oleh Majlis Syura Ulama' dalam apa juga gerakerja parti.

"Semua rakyat tahu bahawa PAS adalah parti yang dipandu oleh Majlis Syura di mana semua keputusan penting dan besar akan dirujuk kepada badan tertinggi tersebut, malah Presiden sendiri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan prinsip dan dasar parti"

"Inilah beza antara PAS dengan parti lain yang mana Presiden mempunyai kuasa veto dalam sesuatu perkara " tambah beliau.

Menurutnya isu ini mesti ditangani dengan berhati-hati kerana pihak musuh seringkali menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka sejak puluhan tahun dahulu terutama apabila mereka beradan dalam keadaan lemah.

"Sejak Tsunami PRU 12 isu muzakarah terus dimainkan malah selepas PRU 13 ianya terus berkumandang kerana prestasi Umno/BN semakin teruk dalam PRU 13".

"Sebab itu kita perlu melihat keikhlasan mereka, kerana sejarah telah membuktikan PAS ditipu ketika bergabung dengan Umno melalui Barisan Nasional yang akhirnya memaksa PAS keluar dari gabungan tersebut

Comments