SESIAPA PUN BOLEH DIPILIH JADI PIMPINAN PAS

Macam-macam pandang tentang PAS dan PR serta pemilihan. Ini pandangan hamba yang dhaif. Nak setuju, setuju ......nak kritik tak pe....kita bebas luahkan pandangan.

1) Semua jawatan dalam PAS terbuka untuk ditandingi oleh sesiapa sahaja termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden jika seseorang itu dicalonkan.

2) Perwakilan bebas memilih sesiapa sahaja yang mereka percaya dalam Muktamar PAS Pusat dan mesyuarat agung pelbagai peringkat. Para Perwakilan amat matang dalam memberikan amanah kepada pemimpin yang mereka percaya boleh menjalankan amanah. 

3) PAS Kawasan sahaja bebas untuk mencalonkan sesiapa yang mereka percaya untuk dipilih sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan jawatan-jawatan lain.

4) Majlis Syura Ulama bebas untuk membuat apa juga keputusan tentang dasar dan hala tuju PAS.

5) Penyertaan PAS dalam PR wajar diperkasakan bukannya dihentikan kerana sebab-sebab yang tidak perlu saya nyatakan ....semua orang faham.

6) Apa sahaja yang disukai oleh Umno/BN dan media-media pencacai adalah perkara buruk kepada PAS.

7) Apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada PAS sudah pasti tidak disukai oleh Umno/BN dan media pencacai.

......kalau ada lagi yang terfikir akan saya ketuk lagi keyboard ni ...

Comments

Anonymous said…
Dewan Ulamak PAS nampaknya nak ambil alih kuasa Muktamar - nak tentukan siapa yg layak memegang jawatan-jawatan tinggi dalam PAS.Inilah gulungan yg kononnya berilmu tapi perlembagaan PAS pun tak boleh faham.Depa ni fikir dalam PAS ahlinya semua ulamak.Tak ambil kira keahlian PAS hampir satu juta orang, berapa ketul yg boleh dipanggil ulamak.Inilah puak yg akan menghancurkan PAS - Geng UG dan Geng Ganu.