DR KHALID DAN SHAMSUL KEKAL SEBAGAI WAKIL RAKYAT


Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin kekal sebagai wakil rakyat setelah bantahan awal mereka terhadap petisyen pilihanraya diterima oleh mahkamah pilihanraya yang bersidang pagi ini.

Hakim Pilihanraya memutuskan bahawa bantahan itu diterima dan pihak pempetisyen dikehendaki membayar sebanyai RM30,000 kepada ketiga-tiga responden iaitu Shamsul, Dr Khalid dan SPR.

Keputusan itu memang dinanti-nantikan oleh semua pihak dan kedua-dua responden iaitu Dr Khalid dan Shamsul menyatakan kesyukuran mereka di atas kepada mahkamah tersebut.

Dr Khalid dan Shamsul diwakili oleh panel Peguam iaitu Haji Yusof Rahmat  dan Zulkhairi Abd Aziz manakala BN diwakili oleh Peguam Rosfinah Rahmat dan Mohd Adli Ithnin.

Gambar : Dr Khalid bersalaman dengan Peguamnya Haji Yusof Rahmat sambil diperhatikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan Shamsul Iskandar Md Akin dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong sebagai mereka keluar dari mahkamah.

Comments

mamat said…
sronok nampak! Tu petanda semua pitisyen x kira dr pihak mana mmg akan dtolak, spya kedudukan kjaan skrg kekal.